Terapi-Bila hidup sentiasa risau dan takut


Spread the love

Saya sambung perkongsian saya tentang healing. Hari ini saya akan memfokuskan tentang masalah fizikal yang berkaitan dengan sistem pencernaan.

Rasanya ramai juga yang telah bantu klien yang berkaitan dengan sistem pencernaan. Ada yang mengalami masalah gastrik, GERD, sembelit, jangkitan, angin sehingga sukar untuk menelan, dan beberapa masalah yang lain.

Ada yang saya hanya fokuskan pada masalah fizikal atau terus pergi ‘ deep’ dengan mencabut akar atau punca yang menyebabkan masalah terjadi.

Kebiasaan mereka yang mengalami masalah sistem pencernaan ini hidup mereka tidak tenang, selalu berada dalam keadaan risau dan takut.

Majoriti klien yang mengalami masalah kerisauan dan anxiety yang telah saya rawat, mengalami masalah pada sistem pencernaan dengan pelbagai punca atau akar yang berbeza.

Melalui pengalaman saya merawat klien yang mengalami masalah anxiety, terdapat beberapa punca atau akar yang berbeza.

Ada yang terkena anxiety disebabkan oleh fitnah yang tidak dilakukan olehnya, sehingga ia takut jika ada membuat apa-apa kesalahan, dan akhirnya memberikan kesan pada pekerjaan.

Ada juga dikalangan klien yang mengalami masalah anxiety kerana rasa takut mati. Malah adakalanya hanya dengan melihat van jenazah ianya memberikan kesan kepada emosi dan fizikal.

Ada juga yang berpunca kerana dimalukan ketika masih di zaman kanak-kanak oleh seseorang yang dihormati sehingga memberikan kesan kepada emosi dan fizikal sehingga dewasa.

Sebenarnya terdapat banyak lagi punca atau akar yang menyebabkan berlakunya masalah kerisauan dan ketakutan sehingga memberikan kesan kepada sistem perncernaan dan tidak semua klien anxiety mengalami masalah takut untuk mati. Ianya bergantung kepada akar atau punca ketakutan dan kerisauan itu berlaku.

Kebiasaan saya bantu mereka berdamai dengan masalah penyakit fizikal mereka, berdamai dengan masalah emosi iaitu kerisauan dan anxiety dan seterusnya berdamai dengan akar iaitu punca masalah tersebut berlaku. Bersambung pada perkongsian seterusnya.

Cinta kasih setulusnya & semua makhluk berbahagia.

personal FB-Linn comel
FB group- Terapi kekayaan
FB page- linncomel