masalah kewangan (money scam)


Spread the love

Semalam beberapa sahabat menghubungi saya bertanyakan tentang masalah duit dan rezeki. Kebetulan pula pada sebelah malam saya juga melakukan terapi tentang masalah kewangan dan hutang pada salah seorang klien saya.

Cuma agak menarik ada dikalangan sahabat yang bertanya tentang masalah kehilangan duit disebabkan pelaburan yang tidak berlesen dan tidak pasti adakah beliau akan menerima kembali duit yang hilang tersebut dan apakah yang perlu beliau lakukan.

Disebabkan kesibukan saya semalam, saya tidak dapat memberikan jawapan panjang mengikut apa yang saya tahu melalui pengalaman saya membantu mereka yang mengalami masalah yang sama.

Jawapan yang saya berikan cukup ringkas “Jadi khalifah yang sebenar dalam kehidupan dan ambil tanggungjawab total atas setiap masalah yang berlaku”.

Memandangkan saya ada appoinment dengan klien beberapa minit saja lagi, saya hentikan dulu perkongsian saya di sini. Insya Allah saya akan jelaskan dengan lebih panjang lagi.

Cinta kasih setulusnya & semua makhluk berbahagia.