Month: April 2021


Orang jahat itu wujud?


 

Semalam saya menerima pertanyaan dari seseorang lebih kurang begini ;

“Linn akak pernah terbaca satu artikel tetapi saya lupa di mana ayatnya lebih kurang seperti ini , kenapa orang baik selalu terjumpa orang yang jahat kerana katanya ia hanya kelihatan baik secara luaran tetapi dalamannya penuh dengan rasa negatif apa pendapat linn pula”?

Pengalaman saya melakukan terapi sejak tahun 2012 sehingga sekarang membuatkan saya sentiasa berpesan dengan orang-orang yang rapat dan sentiasa bersama saya “Tiada orang jahat di dunia ini, apa yang ada hanyalah orang yang sakit dan terluka”. Jadi tingkatkan emphati dan elakkan menghukum kerana mereka perlu dibantu.Read More »

Wang & kekayaan mengubah sikap seseorang?


 


Sesuatu yang berada di luar diri tidak akan mampu mengubah diri, tetapi ianya berfungsi untuk menyerlahkan lagi apa yang terpendam di dalam diri.

Sekiranya diri sedang menderita ianya akan menyerlahkan lagi penderitaan. Jika diri sedang bahagia ianya akan menyerlahkan lagi kebahagiaan.Read More »

Mengetahui kapasiti rezeki yang dimiliki


Ada yang beberapa orang PM dengan pertanyaan yang lebih kurang sama “K.Linn bagaimana mengetahui kapasiti rezeki yang dimiliki seseorang”. jadi perkongsian ini adalah jawapan bagi pertanyaan tersebut. Bila saya kongsikan di sini; saya tidak lagi perlu menjawab berulangkali.

Untuk mengetahui kapasiti rezeki yang mampu ditampung oleh seseorang ianya bergantung kepada sejauh mana kemampuan untuk memberi dan berbelanja.

Sekiranya berbelanja untuk diri sendiri pun sangat susah dan kedekut; Jika anda sukar untuk memberi dan bersedekah, dengan isteri dan anak-anak pun berkira apa lagi pada orang luar itu bermakna kapasiti rezeki yang ditampung agak kecil.Read More »

Kapasiti Rezeki


Semalam ,saya ada beberapa sessi terapi. Pada siangnya, saya melakukan terapi bertemu muka. Disebelah malamnya pula terapi secara online.

Namun apa yang ingin saya kongsikan disini tentang terapi online.

Klien yang saya bantu ini, berusaha untuk hidup berjimat cermat. berusaha untuk menabung sehingga mengurangkan perbelanjaan tetapi tetap mengalami masalah kewangan.

Katanya, lebih kurang seperti ini

“ K.linn saya ni sentiasa berjimat cermat, buat tabungan dan ada target, setiap pengeluaran juga saya pantau. Tapi akhirnya tetap terpaksa mengeluarkan tabungan tersebut. Ada je hal yang membuatkan dia terpaksa mengeluarkan simpanan”.

Read More »

Sedekah tidak mengurangkan harta


 

 

 

Salam Ramadhan & selamat berpuasa..

Tidak ada orang yang jatuh miskin kerana bersedekah.

Jika ada orang bersedekah tetapi kehidupan kewangan masih sukar Itu bukan kerana sedekahnya tapi kerana mindset orangnya.

Read More »

Apa maksud Zuhud


 

Saya bertanya guru ‘spiritual kekayaan’ saya tentang zuhud.

Read More »