Difitnah apa yang perlu dilakukan..


Spread the love

Ada seseorang bertanya kepada saya:

“Apa yang k.linn lakukan jika seseorang menyerang dan melukakan hati dan perasaan dengan cara menghina, merendahkan, menyakiti, memfitnah dan seterusnya menyebarkan berita buruk tentangmu ke seluruh dunia”.

Saya menjawab:
“Saya pasti berusaha memaafkannya dengan tulus dan mengikhlaskan semua yang terjadi”.

“K.linn tak rasa sakit?” tanya dia lagi..

Pastinya rasa sakit pada awalnya sebab tu saya katakan ‘ berusaha’ kerana saya faham tidak mudah untuk melalui semua ini.

” Kenapa perlu memaaafkan sedangkan k.linn yang sakit dan terluka”?

“Kerana saya perlu perlu bertanggungjawab total terhadap kebahagiaan kehidupan saya. Seboleh-bolehnya saya tidak akan meletakkan diri saya berada pada level mangsa “.

Itu salah satu perbualan saya dengan klien saya .

Tiba-tiba teringat saya dihubungj oleh beberapa orang yang rasa dirinya difitnah dan meminta pendapat saya apa yang perlu dilakukan untuk membersihkan namanya.

Saya hanya menjawab ” tidak perlu lakukan apa-apa .

Mengapa saya memberikan jawapan demikian?

Kalau dia tidak melakukan apa-apa seperti yang difitnahkan, tidak perlu dia membersihkan namanya, istilah bersihkan ini hanya dilakukan pada sesuatu yang kotor.

Jika perkara yang dikatakan itu tidak berlaku pada dirinya, kata-kata itu sepatutnya tidak memberikan kesan.

Setiap perkataan yang dikeluarkan oleh si tukang fitnah itu menunjukkan sifat atau peribadinya sendiri.

Pernah dengar tentang ayat ‘ anda adalah apa yang anda fikirkan dan ucapkan’. Jadi jika ada yang memfitnah diri anda, sebenarnya dia sedang membuka pekung busuk dirinya ke seluruh dunia.

Jadi apa lagi yang perlu anda bersihkan?

Cukuplah dengan berusaha untuk memaafkan dan teruskan kehidupan seperti biasa.

Cinta kasih setulusnya & semua makhluk berbahagia

personal FB-Linn comel
FB group- Terapi kekayaan
FB page- linncomel