Adakah salah boros berbelanja?


Spread the love

 

Pengalaman saya sebagai terapis sejak tahun 2012 sehingga sekarang menemukan saya dengan pelbagai persoalan dan pertanyaan.

Salah satu persoalan yang saya ingat tentang seseorang yang dikatakan agak boros berbelanja.

“ Linn akak agak boros sehingga akak terperangkap dengan masalah hutang, adakalanya terpaksa berhutang lagi untuk membayar hutang”.

Jawapan saya cukup ringkas ketika itu “ bagi saya kak, boros bukan satu masalah”.

“Boleh linn jelaskan lagi” dia bertanya lagi.

“ Begini kak, ketika saya merawat, saya tidak pernah memfokuskan pada tindakan. Contohnya pada isu boros ni, ada yang boros berbelanja tetapi rezeki tetap lancar seperti air sungai yang mengalir, adakalanya dia sengaja berbelanja untuk menarik lebih banyak rezeki.

Ada juga beberapa client yang terperangkap dengan masalah kewangan dan hutang kerana boros berbelanja. Nampak tak tindakannya sama tetapi hasilnya berbeza”.

Ya Linn, teruskan..

“ Begini kak, saya lihat tindakan boros itu umpama batang pokok, samada bertambah rezeki atau terperangkap dengan masalah hutang itu adalah ‘akibat’ atau buah dari pokok tersebut.

Apa yang perlu diteliti adalah puncanya iaitu akar atau sebab yang menyebabkan seseorang itu boros berbelanja.

Mereka yang boros berbelanja kerana yakin rezekinya terjamin dan tidak pernah putus BERBEZA dengan mereka yang boros berbelanja kerana dendam dan ingin membuktikan sesuatu.

Mereka yang boros berbelanja kerana memiliki mindset yang berkelimpahan pasti rezekinya sentiasa ada malah rezeki yang datang lebih dari yang dikeluarkan.

Manakala mereka yang boros berbelanja kerana dendam pasti akan terperangkap dengan masalah kewangan sehingga terjebak dengan masalah hutang.

Jadi dalam isu akak, kena pastikan apa isu atau kelukaan akak sehingga akak boros berbelanja dan memberi kesan kepada kewangan akak dan berdamailah”.

“Akak faham linn, jadi apa yang perlu akak buat”?

Setakat itu saja saya cerita , the rest is history . Alhamdulillah akak itu pun dah selesai masalah dan rezeki pun makin ok.

saya ingin berkongsi sedikit lagi pengalaman saya ketika berguru tentang ilmu spiritual kekayaan dari seorang kiyai dari Indonesia, ketika itu bagi mereka yang memiliki kenderaan kami diminta untuk membeli petrol yang paling mahal untuk mengisi minyak kenderaan masing-masing.

Apa maksudnya ? adakah boros itu satu kesalahan? bagi saya tidak apa yang penting adalah mindset kita sendiri ketika berbelanja samada memiliki mindset berlimpahan atau mindset kekurangan. Setakat ini dulu perkongsian saya.

Cinta kasih setulusnya & semua makhluk berbahagia.

personal FB-Linn comel
FB group- Terapi kekayaan
FB page- linncomel