Terapi-Bila diri sentiasa tidak bersemangat


Spread the love

Healing-10

Saya sambung perkongsian seterusnya tentang healing.

Kali ini saya berkongsikan pengalaman salah seorang klien saya yang asalnya menghubungi saya kerana masalah sakit sendi lutut dan juga sentiasa sakit pada salah satu bahagian bahunya.

Klien ini juga ketika itu ada membuat pengakuan bahawa beliau memiliki tabiat yang agak unik sejak dari zaman remajanya, beliau mengambil masa yang agak lama jika berada di sinki untuk membasuh tanganya.

Kadangkala mengambil masa sehingga 1/2 jam malah ada yang lebih dari 1 jam hanya untuk mencuci tangannya, malah banyak duit yang dihabiskan hanya untuk membeli sabun dengan tujuan memcuci tangannya itu.

Bila ditanya mengapa terjadinya situasi tersebut, beliau sendiri tidak pasti apakah punca yang sebenar sehingga beliau bertindak sedemikian.

Ketika itu kali pertama saya menerima isu sebegini. Namun cuma satu ‘ hint’ yang saya dapat ketika itu bila mengalami masalah tulang ianya melibatkan isu self-control. Dimana ianya berkait rapat dengan rasa diri yang tidak berharga, malu dan sebagainya.

Disebabkan rasa diri tidak berharga, segala yang dilakukan tidak bersungguh, semangat berkobar-kobar hanya pada permulaan usaha tetapi usaha yang dilakukan separuh jalan.

Dipendekkan cerita selepas mencari punca atau akarnya, Rupa-rupanya terdapat isu yang melibatkan gangguan seksual terhadap beliau sejak masih di zaman kanak-kanak.

Apabila meningkat remaja, isu tersebut amat mengganggu dirinya, beliau merasakan dirinya dirinya tidak berharga, malu dengan apa yang telah berlaku dan ianya menjadi satu gangguan pada fikiran dan emosinya.

Jadi untuk beliau mengalihkan tumpuannya dari mengingatkan kisah tersebut, beliau memfokuskan untuk mencuci tangannya sehingga mengambil masa yang agak lama dan ianya berlaku berulang-ulang sehingga membentuk satu habit.

Apa yang saya lakukan ketika itu ialah membantu beliau berdamai dengan habit tersebut dan juga berdamai dengan akar atau punca masalah.

Sebenarnya banyak lagi isu yang saya temui yang melibatkan masalah self-control. Klien datang dengan rasa tidak bersemangat, malas dan tidak bersungguh dalam usaha, sentiasa gagal dalam usaha kerana jauh di dalam dirinya mereka merasakan diri tidak berharga, tidak layak berjaya disebabkan trauma atau kelukaan yang pernah dialami.
Bersambung pada perkongsian seterusnya.

Cinta kasih setulusnya & semua makhluk berbahagia.

personal FB-Linn comel
FB group- Terapi kekayaan
FB page- linncomel