Apa maksud Zuhud


Spread the love

 

Saya bertanya guru ‘spiritual kekayaan’ saya tentang zuhud.

Jawapan yang diberikan, zuhud ini umpama kita ke sungai untuk mengumpul air sebanyak yang mungkin; Apabila air sudah terkumpul, gunakanlah air tersebut untuk kegunaan diri secukupnya dan baki dari air tersebut kongsikanlah kepada yang memerlukan.

Apa maksudnya ? Carilah kekayaan sebanyak yang mungkin, gunakanlah kekayaan itu untuk diri sendiri secukupnya, dan seterusnya kongsikanlah kekayaan itu kepada orang lain terutama kepada mereka yang memerlukan.
Jangan sesekali ada kemelekatan pada kekayaan itu.

Cinta kasih setulusnya & semua makhluk berbahagia.

#linncomel
#Terapikekayaan