Kapasiti Rezeki


Spread the love

Semalam ,saya ada beberapa sessi terapi. Pada siangnya, saya melakukan terapi bertemu muka. Disebelah malamnya pula terapi secara online.

Namun apa yang ingin saya kongsikan disini tentang terapi online.

Klien yang saya bantu ini, berusaha untuk hidup berjimat cermat. berusaha untuk menabung sehingga mengurangkan perbelanjaan tetapi tetap mengalami masalah kewangan.

Katanya, lebih kurang seperti ini

“ K.linn saya ni sentiasa berjimat cermat, buat tabungan dan ada target, setiap pengeluaran juga saya pantau. Tapi akhirnya tetap terpaksa mengeluarkan tabungan tersebut. Ada je hal yang membuatkan dia terpaksa mengeluarkan simpanan”.

Sebenarnya sahabat ini menyedari bahawa kejadian ini bukan sekali tetapi berkali-kali. Setiap kali dia berusaha untuk berjimat pasti ada wang yang terpaksa dikeluarkan.

Walaupun semalam saya sudah terangkan kepada beliau, tetapi saya ulang semula menaip di group terapi kekayaan kerana klien ini juga sahabat di dalam group ini.

Seperti yang saya sentiasa kongsikan sebelum ini, tindakan hanyalah perantara dan tidak dapat menentukan hasil akhirnya.

Ada yang menyimpan tetapi akhirnya tetap perlu keluarkan semula simpanan tersebut kerana ada saja hal-hal yang tidak dijangka. berlaku.

Ada juga yang menyimpan, dan simpanannya boleh digunakan sehingga ke hari tua. Malah dapat memiliki harta yang diinginkan.

Jadi apa yang menentukan tindakan kita menyimpan atau menabung itu berhasil?

Ianya bergantung kepada fokus yang diberikan dan fokus tersebut bergantung kepada mindset yang dimiliki.

Manakala mindset pula bergantung kepada perjalanan kehidupan mereka dari awal sehingga sekarang.

Jika kita dari kecil di ajar tentang keberlimpahan, sentiasa memberi dan bersedekah. Berbelanja tanpa kerisauan pasti memiliki mindset yang berkelimpahan.

Jika sejak kecil kita sentiasa melalui kehidupan yang penuh kekurangan, mengalami masalah kewangan, memiliki trauma tentang kewangan. Sentiasa di asak dengan instalasi yang tidak baik tentang wang dan kekayaan.

Malah ada yang di hina kerana mengalami masalah kemiskinan akhirnya membentuk rasa tidak layak dalam diri .

Dan pelbagai faktor yang lain lagi, akhirnya ia akan membentuk mindset kekurangan dan akhirnya sentiasa memfokuskan pada kekurangan.

Apabila memiliki mindset kekurangan akhirnya kapasiti untuk anda menerima rezeki juga menjadi kurang dan tidak cukup besar untuk menampung segala keinginan dan impian tentang rezeki.

Andaikan rezeki ini umpama air hujan. Jumlah hujan yang turun banyak dan tidak terbatas. Tetapi jika kita hanya memiliki satu baldi untuk menampung air tersebut, jadi air hujan yang mampu dikumpulkan hanya bersaiz sebesar baldi itu sahaja.

Sama juga dengan situasi rezeki. Allah menyediakan rezeki yang tidak terbatas kepada semua makhluknya yang menentukan berapa jumlah yang kita patut terima bergantung kepada kapasiti yang kita miliki.

Adakah saiznya sebesar mangkuk? sebesar baldi, sebesar kolam atau seluas lautan ianya bergantung kepada perjalanan kehidupan yang pernah dilalui sehingga membentuk mindset yang ada di dalam diri.

Jika ada yang mengalami masalah yang sama, berusahalah untuk besarkan lagi kapasiti untuk menanpung rezeki yang ada di dalam diri.

Jadi apa yang saya terangkan di atas adalah jawapan bagi pertanyaan klien saya kenapa agak sukar untuk menyimpan ada saja hal yang menjadi penyebab untuk wang keluar dan saya kongsikan juga bersama sahabat di sini.

Cinta kasih setulusnya & semua makhluk berbahagia

#linncomel
#terapikekayaan
#kapasitirezeki

personal FB-Linn comel
FB group- Terapi kekayaan
FB page- linncomel