Mengetahui kapasiti rezeki yang dimiliki


Spread the love

Ada yang beberapa orang PM dengan pertanyaan yang lebih kurang sama “K.Linn bagaimana mengetahui kapasiti rezeki yang dimiliki seseorang”. jadi perkongsian ini adalah jawapan bagi pertanyaan tersebut. Bila saya kongsikan di sini; saya tidak lagi perlu menjawab berulangkali.

Untuk mengetahui kapasiti rezeki yang mampu ditampung oleh seseorang ianya bergantung kepada sejauh mana kemampuan untuk memberi dan berbelanja.

Sekiranya berbelanja untuk diri sendiri pun sangat susah dan kedekut; Jika anda sukar untuk memberi dan bersedekah, dengan isteri dan anak-anak pun berkira apa lagi pada orang luar itu bermakna kapasiti rezeki yang ditampung agak kecil.

Mengapa? Kerana hanya yang merasa dirinya memiliki mampu memberi, manakala mereka yang merasa kekurangan akan terus memfokuskan pada kekurangan. Kapasiti rezeki seseorang itu tidak bergantung kepada berapa banyak wang atau harta yang dimiliki tetapi bergantung kepada RASA yang ada dalam diri.

Mereka yang merasa kurang didalam diri mereka akan selalu bertanya, “apa yang bakal aku perolehi atau apakah yang boleh aku miliki?” Jika ditawarkan dengan sesuatu yang percuma, berlumba-lumba untuk mendapatkannya. Jika boleh langsung tidak ingin memberikan pertukaran atau membayarkan harga walau ianya untuk kebaikan diri sendiri sehingga mindset subsidi melekat di dalam diri.

Dan mereka yang merasa keberlimpahan didalam diri mereka akan sentiasa senang untuk memberi dan menawarkan apa yang mereka miliki, melakukan apa saja yang boleh dilakukan. Kerana begitulah cara mereka menjalani kehidupan tanpa batas dan keberlimpahan.

Semakin besar kemampuan anda untuk memberi tanpa rasa kerisauan, semakin besar kapasiti rezeki yang dimiliki.

Semakin besar kemampuan anda untuk tidak melekat pada harta atau apa jua yang berada di luar diri anda, makin besar kapasiti rezeki yang mampu dimiliki. Jangan sesekali bertuhankan apa yang berada di luar diri anda.

Jangan sesekali membiarkan wang yang mengawal kebahagiaan kehidupan anda. Tetapi besarkan kemampuan untuk melepaskan kawalan wang terhadap diri dan kehidupan anda. Memberi dan terus memberi tanpa ada kerisauan, hanya dengan cara itu dapat membebaskan kawalan wang terhadap diri dan kehidupan anda.

Jika anda masih rasa takut dan sukar untuk memberi, itu bermakna ada isu yang perlu diselesaikan . Mungkin pernah ada luka, trauma, kekecewaan dan sebagainya yang perlu anda rawat dan berdamai.

Cinta kasih setulusnya & semua makhluk berbahagia.

linncomel
#terapikekayaan
#kapasitirezeki

personal FB-Linn comel
FB group- Terapi kekayaan
FB page- linncomel

ingin mendapatkan Terapi atau rawatan sila klik http://linncomel.com/hubungi-kami/