Wang & kekayaan mengubah sikap seseorang?


Spread the love

 


Sesuatu yang berada di luar diri tidak akan mampu mengubah diri, tetapi ianya berfungsi untuk menyerlahkan lagi apa yang terpendam di dalam diri.

Sekiranya diri sedang menderita ianya akan menyerlahkan lagi penderitaan. Jika diri sedang bahagia ianya akan menyerlahkan lagi kebahagiaan.

Seperti mana wang tidak sesekali dapat mengubah sikap seseorang kecuali menyerlahkan lagi sikap seseorang yang tersembunyi. Sekiranya seseorang itu ada blockage dan trauma terhadap wang, wang akan menyerlahkan lagi trauma yang ada dengan menunjukkan sikap sebenar seseorang itu terhadap wang.

Jika seseorang itu memiliki pandangan yang positif dan melalui kehidupan yang bahagia berkaitan dengan wang ianya akan menyerlahkan lagi sikap dan kebaikan seseorang itu terhadap wang.

Jadi tiada istilah seseorang itu akan berubah sikapnya menjadi sombong kerana memiliki banyak wang. Tetapi realitinya wang itu menyerlahkan lagi isu ‘ Low Self-esteem’ dan rasa ‘tidak layak’ yang  ada di dalam diri.

Keluar dari merasakan diri sebagai mangsa & ambil tanggungjawap total terhadap kehidupan .

Cinta kasih setulusnya & semua makhluk berbahagia.

#linncomel

#terapikekayaan

personal FB-Linn comel
FB group- Terapi kekayaan
FB page- linncomel