Orang jahat itu wujud?


Spread the love

 

Semalam saya menerima pertanyaan dari seseorang lebih kurang begini ;

“Linn akak pernah terbaca satu artikel tetapi saya lupa di mana ayatnya lebih kurang seperti ini , kenapa orang baik selalu terjumpa orang yang jahat kerana katanya ia hanya kelihatan baik secara luaran tetapi dalamannya penuh dengan rasa negatif apa pendapat linn pula”?

Pengalaman saya melakukan terapi sejak tahun 2012 sehingga sekarang membuatkan saya sentiasa berpesan dengan orang-orang yang rapat dan sentiasa bersama saya “Tiada orang jahat di dunia ini, apa yang ada hanyalah orang yang sakit dan terluka”. Jadi tingkatkan emphati dan elakkan menghukum kerana mereka perlu dibantu.

Menganggap seseorang itu jahat dan negatif ianya umpama satu hukuman, dari mana hukuman itu datang? Ianya datang dari ego kita sendiri dari mana punca ego itu muncul juga datang dari trauma dan luka yang pernah dilalui. Apa jua tanggapan yang kita berikan kepada orang lain sebenarnya itu ditujukan kepada diri kita sendiri.

Tiada manusia yang sempurna di dunia ini, malah ketidaksempurnaan itulah kesempurnaan bagi seorang manusia. Setiap manusia memiliki skrip dan perjalanan kehidupan yang tersendiri. Pastinya dalam perjalanan itu ada luka, kesakitan dan trauma sehingga membentuk diri kita hari ini.

Apabila kita menghukum seseorang itu jahat atau negatif, apa lagi yang akan dilakukan oleh kita? Adakah kita dapat membantu seseorang itu berubah jadi baik dan positif ?

Berbeza jika kita menganggap seseorang itu sedang sakit dan terluka, masih ada jalan atau cara untuk membantu kerana orang yang terluka dan sakit masih boleh dirawat dan masih ada harapan untuk menjalani kehidupan yang lebih baik.

Diri kita yang sejati tidak pernah menghukum, tetapi kebiasaan hukuman itu diberikan oleh ego diri. Manakala ego itu datang dari sejarah kehidupan masing-masing yang mungkin luka se awal usia kita dalam kandungan lagi.

Sama juga seseorang yang dianggap jahat dan negatif mereka juga melalui perjalanan yang sama seperti kita. Pusing sana-sini tiada beza pun kita. Apa yang berbeza cuma cara menangani kehidupan.

Kerana kita semua adalah satu, tidak terpisah dan sentiasa terhubung. Cuma kita memakai sarung ( badan) yang berbeza kerana menjalani misi kita masing-masing di dunia ini.

Sebarkan cinta, tingkatkan empathi dan elakkan menghukum…

Cinta kasih setulusnya & semua makhluk berbahagia
#linncomel
#terapikehidupan
#terapikekayaan