Month: June 2021
Refleksi lockdown 29
Hari ini hari ke 29 perkongsian refleksi lockdown. Saya doakan segala urusan kita dipermudahkan, jika sedang bersedih diberikan kegembiraan. Jika sedang kusut fikiran diberi kedamaian. Jika sedang sakit diberikan kesembuhan. Jika sedang menghadapi masalah, pasti selesai masalahnya dengan segera.
Hari ini masih lagi berkongsi cerita tentang EGO. Namun apa yang ingin saya kongsikan adalah tentang ego seorang isteri. Saya terpanggil untuk berkongsi tentang kisah ini, kerana kebelakangan ini sejak tiga hari yang lepas saya teringat-ingat kisah klien yang pernah saya bantu sejak beberapa bulan yang lalu.Read More »
Refleksi Lockdown 28
Hari ini masuk hari ke 28 perkongsian refleksi semalam saya terbaca tentang pengumuman lockdown dilanjutkan lagi selama dua minggu. Pada mulanya ketika membaca pengumuman tersebut, apa yang terdetik di hati ketika itu ‘ all is well’.
Tetapi selepas terbaca beberapa keluhan tentang betapa teruknya situasi yang dilalui. Terutama mereka yang terjejas teruk dari segi ekonomi, hilang pekerjaan dan mengalami masalah hutang , terbaca pula berita tentang mereka yang mengalami depresi dan sebagainya, terdetik di dalam hati ‘ Akhirnya sudah sampai pun masanya untuk kami memulakan sesuatu iaitu membantu dengan cara kami yang tersendiri. Read More »
Refleksi Lockdown 27
Perkongsian refleksi yang seterusnya, hari ni masih lagi perkongsian tentang EGO tetapi memfokuskan kepada respon samada fight atau flight. Dua respon yang berbeza hasil dari punca dan kecederaan emosi yang pernah dilalui.Read More »
Refleksi Lockdown 26
Akhirnya kita sudah masuk hari ke 26 lockdown bermaksud sudah hampir sebulan kita di minta untuk tinggal di rumah, dan hari ini juga perkongsian ke 26 refleksi saya. Perkongsoan ini saya masih ingin berkongsi tentang EGO.Read More »
Refleksi Lockdown 25
Perkongsian refleksi yang ke 25 masih lagi berkongsi tentang EGO. Walaupun ianya hanya gabungan tiga huruf yang memiliki kesan kesan cukup besar dalam kehidupan.
Jika semalam saya berkongsi ego boleh menyebabkan rasa rendah diri sehingga menghadirkan rasa takut, iaitu takut buat salah, takut apa orang kata, takut mati, takut kehilangan dan pelbagai lagi rasa takut.
Mengapa ketakutan itu dianggap sebagai ego?Read More »
Refleksi Lockdown 30
June 30, 2021
Terapi Kehidupan, Terapi Kekayaan, Terapi Rezeki, Umum
No Comments
linn
Genap sebulan perkongsian refleksi saya. Semoga segala perkongsian saya selama 30 hari ini dapat memberikan manfaat kepada semua sahabat di grup terapi kekayaan ini.
Selain melakukan terapi kebelakangan ini saya agak sedikit lebih sibuk dari biasa. Tumpuan saya ketika ini merangka kelas ‘online coaching dan terapi ‘ untuk membantu mereka yang stress dan tertekan kerana masalah rezeki, di mana selain terapi saya juga akan mengadakan kelas kesedaran kekayaan supaya diberikan kefahaman yang lebih baik tentang rezeki, kekayaan dan kemakmuran.Read More »