Hari pertama lockdown apa mesej yang saya terima sesudah subuh tadi, pergerakan terbatas, masa dan ruang waktu juga terasa seperti terbatas. Jika segalanya rasa terbatas apa yang perlu dilakukan linn comel?
Adakah perlu mengeluh dan marah-marah pada persekitaran dan sebagainya? Atau hanya duduk terima tanpa apa-apa reaksi? Hanya sekadar terima dan terima tanpa memikirkan apakah solusinya?
Saya kongsikan di sini apa jawapan yang datang dari dalam diri saya;
Jika kita melihat ‘lockdown’ ini sebagai satu masalah maka adalah tugas kita untuk menyelesaikannya.
Walaupun fizikal terasa terkurung, pergerakan juga terbatas namun perlu sentiasa pastikan hati tetap bebas.
Jika kita melihat diri kita ini dalam bentuk fizikal, segalanya terbatas itulah yang membuatkan ramai orang ketakutan sehingga menyebabkan berlakunya masalah emosi seperti stress, anxiety, depresi dan sebagainya.
Jika hanya mahu ikut apa yang dikatakan sebagai New Normal ini maka ruang dan waktu akan rasa terbatas dan hidup rasa terkurung.
Tapi jika kita mahu bebaskan diri dari rasa terbatas dan terkongkong ini kita harus ubah dengan konsep *NEW LIFE*
Jika sesuatu itu mampu kita kendalikan, maka sesuatu itu pasti menjadi budak suruhan kita. Adakah kita mampu mengendalikan kehidupan kita? Jika kita mampu mengendalikan kehidupan, kehidupan pasti tunduk mengikut apa yang kita inginkan.
Jika selama ini kita membiarkan kehidupan yang mengawal diri kita, rasanya sudah tiba masanya kita mengubah dengan mengambil pengendalian penuh terhadap kehidupan.
Apakah langkah pertama yang perlu kita lakukan?
Walaupun fizikal terkurung , pergerakan terhad dan terbatas, pastikan HATI SENTIASA BEBAS. Bersambung pada perkongsian yang seterusnya
Cinta kasih setulusnya & semua makhluk berbahagia.
#linncomel
#terapikehidupan
#terapikekayaan
Refleksi lockdown
June 1, 2021
Refleksi, Terapi Kehidupan, Terapi Kekayaan, Umum
No Comments
linn