Refleksi Lockdown 2


Spread the love

Hari kedua ‘lockdown’ apa rasa yang ingin saya terjemahkan melalui perkataan. Baiklah saya memetik kata-kata dari perkongsian semalam ;

“Jika sesuatu itu mampu kita kendalikan, maka sesuatu itu pasti menjadi budak suruhan kita. Adakah kita mampu mengendalikan kehidupan kita? Jika kita mampu mengendalikan kehidupan, kehidupan pasti tunduk mengikut apa yang kita inginkan”.

Sama-sama kita merenung sejenak selama ini adakah selama ini kita yang mengendalikan kehidupan atau kita yang dikendalikan oleh kehidupan.

Adakah kita Tuan yang menguruskan kehidupan atau kita hamba yang dikawal oleh kehidupan? Dimanakah kedudukan kita ketika ini? Adakah kita Tuan kepada kehidupan atau menjadi hamba kehidupan.

Apa beza mereka yang menjadi Tuan kepada kehidupan dengan mereka yang menjadi hamba kehidupan?

Mereka yang menjadi Tuan kepada kehidupan akan sentiasa mengambil tanggungjawab total ke atas setiap perkara yang berlaku pada dirinya. Sekiranya berlaku sesuatu masalah ,mereka akan mengambil tanggungjawab tuntuk mencari solusi bagi setiap masalah yang berlaku.

Ianya berbeza dengan mereka yang menjadi hamba kehidupan, setiap masalah yang berlaku mereka cenderung untuk menjadikan diri sebagai mangsa dan mrnyalahkan orang lain, persekitaran dan kehidupan atas setiap apa yang berlaku.

Secara mudahnya betapa besar pangkat dan kedudukan yang dimiliki seseorang itu ketika ini sekiranya sentiasa meletakkan diri sebagai mangsa dan sentiasa menyalahkan kehidupan atas setiap perkara yang berlaku taraf mereka hanya sebagai hamba.

Dalam keadaan masalah pandemik ini pula, di manakah kita meletakkan kedudukan kita ketika ini? Sebagai Tuan atau sebagai hamba? Jika kita meletakkan diri sebagai Tuan, sepatutnya kondisi pandemik ini akan menguatkan diri kita.Jika kita meletakkan diri sebagai hamba kondisi ini akan melemahkan diri kita.

Mengapa kita perlu meletakkan diri kita sebagai Tuan kepada kehidupan? Insya Allah bersambung jika ada yang meninggalkan komen sebagai pertukaran energi.

Cinta kasih setulusnya & semua makhluk berbahagia.

#linncomel
#terapikehidupan
#terapikekayaan