Refleksi lockdown 3


Spread the love

 

Hari ini masuk hari ketiga lockdown, semalam saya akhiri ayat terakhir saya dengan kata-kata “ Mengapa kita perlu meletakkan diri kita sebagai Tuan kepada kehidupan”.

Teringat ketika saya menyertai kelas spiritual kekayaan di mana gurunya adalah seorang pemilik pesantren dari negara jiran. Salah satu pesanan yang diterima dan yang betul-betul saya genggam sehingga ke saat ini.

“Mbak Linn Comel Jangan sekali-kali meletakkan apa-apa pun di dunia ini lebih tinggi dari diri kamu sendiri”. Kamu dilarang menjadi hamba dunia , kerana dunia yang sepatutnya menjadi pelayan dan tunduk kepada kamu”.

satu lagi pesanan Pak Guru “ Mbak Linn Comel Jika ingin memberi atau bersedekah, jangan sesekali bersedekah dengan rasa kasihan, kerana dengan rasa kasihan itu sebenarnya meletakkan diri orang yang menerima itu jauh lebih rendah daripada wang,manusia perlu dimuliakan lebih dari segalanya.

Jujurnya saya mengambil masa lebih kurang 1 tahun juga untuk betul-betul memahami pesanan -pesanan dari bapak guru .

Mengapa Bapak guru itu memberikan pesanan tersebut?

Kerana kita adalah KHALIFAH. Kita adalah Tuan dan Raja pada kehidupan kita sendiri. Satu dunia perlu tunduk dan melayan diri kita.

Jika dari kecil kita diajar bahawa manusia lahir ke bumi ini sebagai khalifah itu bukan bermaksud kita perlu menjadi pemimpin masyarakat atau sebagainya.

Tetapi kita perlu menjadi pemimpin kepada kehidupan kita sendiri. Kita yang perlu mengambil tanggungjawab total terhadap kehidupan kita kerana kita adalah Tuan atau Khalifah kepada kehidupan kita sendiri.

Kita yang perlu mengendalikan kehidupan dan jangan sesekali membiarkan diri di jajah oleh kehidupan sendiri sehingga hidup dikawal oleh kehidupan.

Bukan tugas kita untuk mengejar wang demi memenuhi keperluan dan keinginan tetapi adalah tugas wang yang melayan dan mencukupkan segala keperluan dan keinginan kita.

Sama seperti keperluan bernafas; bukan tugas kita mencari udara untuk kita dapat bernafas; tetapi adalah tugas udara yang memastikan kita dapat bernafas dengan baik.
Kenapa? kerana apa yang ada di bumi ini ditugaskan untuk melayan kita sebaiknya sebagai khalifah.

Malah apa jua hukum yang ada di dunia ini yang membentuk hukum universal yang mengandungi hukum tarikan, hukum projeksi dan sebagainya langsung tidak memiliki kuasa tetapi telah diatur dan ditetapkan oleh ALLAH secara ‘default’ untuk melayani segala keperluan kita sebagai KHALIFAH.

Kekuatan kita sebagai khalifah yang di anugerahkan oleh ALLAH kepada manusia yang mengarahkan kesemua hukum itu bekerja mengikut kehendak kita samada secara sedar atau tidak sedar.

Segalanya ALLAH telah sediakan untuk kita sebagai manusia. Jadi yang memastikan samada kita bahagia atau derita, kuat atau lemah, menjadi Tuan atau Hamba, itu segalanya adalah tanggungjawab kita sendiri kerana itulah kita perlu mengambil tanggungjawab total atas setiap apa masalah yang berlaku.

Mengapa ramai manusia yang menjadi lemah dan tidak mampu menguruskan kehidupan sebaiknya? Tinggalkan komen sebagai pertukaran untuk saya teruskan perkongsian.

Cinta kasih setulusnya & semua makhluk berbahagia
#linncomel
#terapikekayaan
#terapikehidupan.