Refleksi Lockdown 4


Spread the love


Hari ini masuk hari keempat lockdown. Saya mengakhiri perkongsian saya semalam Mengapa ramai manusia yang menjadi lemah dan tidak mampu menguruskan kehidupan sebaiknya.

Agak lama juga saya termenung di skrin ipad, menunggu info apa yang keluar untuk saya kongsikan. Akhirnya satu perkataan yang keluar adalah ‘ DOKTRIN’ . Ya doktrin yang melemahkan kita, terlalu banyak doktrin-doktrin yang dipasakkan ke dalam fikiran dan hati kita adalah doktrin yang melemahkan dan tidak membantu kita menjadi Tuan kepada kehidupan.

Malah untuk isu Covid 19 juga kita samada anda perasan atau tidak, pada awal-awal bermulanya Isu pandemik ini kita diasak dengan doktrin-doktrin betapa bahayanya virus Covid 19 ini dengan video ramai yang jatuh dan mati bergelimpangan  di tepi jalan di Wuhan China dan akhirnya apa yang berlaku sekarang di Wuhan?

Tempat mereka sekarang dapat hidup aman damai sekarang tetapi kita masih lagi berperang dengan isu pandemik ini.

Apa yang ingin saya katakan ini mengapa isu pandemik ini  di tempat kita masih belum selesai? Bukan kerana virus ini kuat tetapi kita sendiri yang lemah kerana di asak dengan doktrin  bahawa virus ini adalah sesuatu yang menakutkan sehingga membentuk sistem kepercayaan .

Dan pastinya  jika sesuatu itu kita percaya ianya juga akan menjadi realiti. Malah kehidupan kita hari ini juga dibentuk oleh sistem kepercayaan kita sendiri.

Saya sentiasa berpesan kepada ramai klien saya yang saya bantu untuk pelbagai isu tidak kira isu emosi atau fizikal .

Bahawa sesuatu yang berada di luar diri tidak akan dapat mengubah  diri kita. Tetapi hanya menyerlahkan keadaan diri kita ketika ini. Malah setiap perubahan yang berlaku samada baik atau buruk itu bermula dari dalam diri.

Mengapa saya berpesan demikian? Kerana manusia adalah ciptaan ALLAH sebaik- baik kejadian. Malah kita sebagai manusia adalah KHALIFAH  dan juga Tuan kepada kehidupan . ALLAH menyediakan satu dunia untuk menjadi pelayan dan hamba untuk menurut perintah kita.

Tetapi kenapa masih ada ramai lagi yang terkena jangkitan virus covid 19? Kerana tanpa sedar kita yang mengarahkan Covid 19 tu datang kepada kita  dengan cara memfokuskan kepada ketakutan kita terhadap virus tersebut.

Alam sentiasa patuh dan menurut perintah ALLAH supaya sentiasa memenuhi segala permintaan manusia samada secara sedar atau tidak sedar.

Jadi baik atau buruk yang berlaku kepada diri dan kehidupan adalah bergantung kepada permintaan kita sendiri samada sedar atau tidak sedar. Jadi apa jua masalah yang berlaku kita yang perlu mengambil tanggungjawab total untuk menyelesaikan masalah tersebut.

kerana itulah juga sangat penting untuk kita hidup dengan penuh kesedaran.

Saya akan  bersambung dan berkongsi dengan lebih dalam tentang kesedaran. Tinggalkan komen sebagai pertukaran untuk saya teruskan perkongsian.

Cinta kasih setulusnya & semua makhluk berbahagia

#linncomel

#terapikekayaan

#tetapikehidupan.