Refleksi lockdown 7


Spread the love

 

Hari ini masuk hari ke 7 lockdown. Saya masih ingin berkongsi cerita tentang SENYUM.

Saya pernah membaca satu artikel mengatakan bahawa lebih mudah untuk senyum dari kita marah, kerana untuk marah kita perlu menggunakan banyak otot muka berbanding ketika kita tersenyum. Jadi sebenarnya untuk hidup bahagia ianya bukanlah sesuatu yang susah, hanya perlu bermula dengan senyuman.

Tetapi mengapa tidak ramai yang boleh tersenyum dengan mudah. Bangkit dari tidur sudah mula marah-marah, dan mula memfokuskan kepada kesedihan, kekecewaan dan sebagainya.

Guru saya memberikan latihan senyum seawal bangun dari tidur tanpa langsung memberikan kenyataan atau sebab mengapa saya perlu tersenyum, katanya “ lakukan saja, dan mohon japri aku secara personal testimoninya, bila kamu sudah mendapatkan hasil dan perubahannya baru diberikan latihan yang seterusnya.”.


Selepas beberapa minggu melakukan latihan senyum, tidak sampai separuh yang mampu naik kelevel seterusnya untuk meneruskan latihan yang selanjutnya. Jadi situasi ini memberikan saya tanda soal, mengapa untuk latihan senyum sahaja tidak semua lulus untuk ke peringkat yang seterusnya. Bukankah senyum itu sangat mudah.

Ini refleksi saya;

Tidur juga dianggap sebagai satu kematian kecil. Jadi setiap kali kita bangkit dari tidur, kita akan memulakan kehidupan yang baru. Jadi setiap malam kita mati dan setiap hari kita akan menemui hari yang baru. Jadi jika kematian yang sebenar, apa yang dipercayai destinasi seterusnya samada kita akan masuk ke dalam syurga atau neraka.

Bagaimana pula jika kita bangkit dari kematian yang kecil ( tidur)? Kita juga diberi peluang untuk masuk ke syurga atau neraka dunia.

Syurga bila emosi kita baik, gembira dan bahagia, kehidupan kita setiap hari juga turut jadi baik.

Neraka bila kita tidak mampu menguruskan emosi sentiasa dalam keadaan tertekan, ketakutan sehingga depresi dan sebagainya.

Jadi setiap hari kita sentiasa diberi peluang untuk merasai pengalaman hidup di dalam neraka atau syurga bergantung apa pilihan kita seawal bangkit dari tidur. Sebelum kita melalui kehidupan selepas kematian yang sebenar.

Boleh nampak apa yang saya maksudkan? Bagaimana kehidupan kita setiap hari bergantung kepada tanggungjawab kita sendiri.

kita ingin pilih syurga atau neraka itu tanggungjawab total kita sendiri. Jangan sesekali menyalahkan orang lain dan apa saja yang berada di luar diri kerana semua itu tidak mampu melakukan melakukan apa-apa tanpa keizinan kita sendiri.

Jadi jika hari ini hidup kita sentiasa dalam keadaan stress. Tekadkan dalam diri untuk memilih syurga selepas bangkit dari tidur atau kematian kecil pada hari seterusnya.

Lakukan latihan senyum yang saya kongsikan pada refleksi lockdown 6 semalam.
Saya faham walaupun ianya kelihatan mudah hanya senyum tetapi bagi mereka yang terlalu banyak blockage dalam kehidupan ianya pasti agak sukar. Bagi yang merasa sukar, mulakan dahulu tanpa apa-apa alasan. Lebih baik kita memulakan sesuatu dari kita langsung tidak bertindak.

Bukankah syurga itu disediakan untuk mereka yang jiwanya tenang..

Tinggalkan komen , feedback dan sebagainya sebagai pertukaran energi untuk perkongsian yang seterusnya.

Cinta kasih setulusnya & semua makhluk berbahagia

#linncomel
#terapikekayaan
#tetapikehidupan