Refleksi Lockdown 8


Spread the love

Refleksi Lockdown 8

Hari ini adalah hari ke 8 lockdown, itu bermakna sudah pun lebih dari seminggu kita di minta untuk tinggal di rumah. Saya doakan kita semua pasti dapat melalui semua keadaan ini dengan lebih baik. Mungkin fizikal kita tidak sebebas dulu tetapi pastikan hati kita bebas sebebas-bebasnya.

Bagaimana cara untuk kita membebaskan diri ketika fizikal kita terpenjara?

Bagaimana cara untuk kita membebaskan diri dari masalah rezeki ketika ekonomi negara berada dalam keaadaan tidak stabil?

Bagaimana cara untuk kita tenang, ketika ramai orang berada dalam ketakutan?

Adakah ianya sesuatu yang mustahil untuk kita membebaskan kehidupan kita dari situasi di atas?

Sebenarnya tiada apa pun yang mustahil jika kita kenal siapa diri kita dan tiada yang mustahil dan tidak mampu kita lakukan sekiranya kita yakin.

Pegang hanya satu Kata kunci, bahawa ‘kita adalah manusia sebaik-baik kejadian yang turun sebagai Khalifah di bumi ini’. Malah kita adalah Tuan kepada kehidupan kita masing-masing. Segalanya ALLAH sediakan untuk kita semua kita hanya perlu tahu dan bijaksana bagaimana untuk mengaksesnya.

Diri kita yang sebenar berada jauh di dalam diri kita, apa yang kita lihat di luar diri kita adalah cermin atau gambaran bagaimana keadaan kehidupan yang tersimpan di dalam diri kita.

Bila kita kata apa yang diluar diri itu adalah cermin atau gambaran itu bermakna apa yang kelihatan di luar itu merupakan petunjuk bagi kita untuk mengetahui keadaan dunia dalaman kita. Jadi dengan itu ianya dapat membantu memperbetulkan keadaan kehidupan yang berada di dalam diri kita. Bagaimana? Bersambung pada perkongsian yang seterusnya.

Tinggalkan komen , feedback dan sebagainya sebagai pertukaran energi untuk perkongsian yang seterusnya.

Cinta kasih setulusnya & semua makhluk berbahagia

#linncomel
#terapikekayaan
#tetapikehidupan