Refleksi Lockdown 9


Spread the love

Hari ini masuk hari ke 9 lockdown. Saya ingin meneruskan lagi refleksi saya hari ini. Sebelum itu ingin saya jelaskan di sini mengapa diakhir perkongsian saya sertakan permintaan tinggalkan komen sebagai pertukaran energi.

Saya sekadar ingin membantu sahabat memahami bahawa setiap perkara itu memiliki nilainya yang tersendiri. Setiap perkara itu ada pertukaran energinya.

Jika kita sentiasa ingin dan hanya menerima , istilah yang digunakan oleh guru-guru saya adalah ‘mental gratisan’ tetapi saya selalu gunakan istilah ‘mental subsidi’. Mental seperti ini tidak akan dapat membantu kehidupan anda untuk lebih berkembang.

Sebenarnya sebarang energi yang kita keluarkan akan kembali semula kepada diri kita masing-masing. Bila saya tetapkan nilai dengan meninggalkan komen, anda sendiri yang mendapat hasilnya nanti melalui energi yang anda berikan, Saya tidak meletakkan ianya sebagai paksaan , saya sudah pun mengalirkan energi dengan perkongsian saya, saya sudah pun mendapat hasilnya secara spiritual.

Semalam saya akhiri perkongsian saya bagaimana untuk mengetahui petunjuk keadaan dunia dalaman anda.

Ketika kita lahir, kita memiliki kehidupan kita masing-masing yang ALLAH sediakan segalanya untuk kita, rezeki yang terjamin sehingga menutup mata dan alam semesta yang pastinya menurut segala perintah dan keinginan kita. Betapa kasih dan sayangnya DIA Yang Maha Pengasih dan Penyayang membekalkan kepada kita segala keperluan kepada kita manusia sebaik-baik kejadian.

Tetapi dalam perjalanan meneruskan kehidupan, adakalanya ada yang sangkut. Sangkut dengan masalah rezeki, sangkut dengan masalah rumahtangga, sangkut dengan masalah gangguan sihir, kesihatan dan sebagainya. Bila terlalu banyak yang sangkut dalam kehidupan luaran kita, apabila kehidupan yang dijalani tidak seperti yang diinginkan itu bermakna ada sesuatu yang perlu di ubah untuk memperbaiki kehidupan.

Apa yang perlu diperbetulkan adalah dunia dalaman kita. Ingat! Dunia luaran hanyalah petunjuk untuk kita sentiasa sedar apa yang berlaku pada dunia dalaman kita.

Mengikut pengalaman saya membantu ramai klien, mengapa masalah yang dialami tidak selesai dan makin bertambah lagi masalahnya kerana mereka memfokuskan kepada dunia luaran, mereka mencari solusi di luar diri. Apa yang ada di luar diri hanyalah cermin atau pantulan, ianya tidak akan dapat mengubah apa-apa.

Jadi apa yang perlu di ubah sekiranya ingin perbaiki kehidupan kita?

Tinggalkan komen , feedback dan sebagainya sebagai pertukaran energi untuk perkongsian yang seterusnya.

Cinta kasih setulusnya & semua makhluk berbahagia

#linncomel
#terapikekayaan
#terapikehidupan