Refleksi Lockdown 10


Spread the love

Hari ini adalah hari ke 10 perkongsian lockdown saya. Semalam saya akhiri perkongsian saya dengan pertanyaan “apa yang perlu di ubah sekiranya ingin perbaiki kehidupan .

Apa yang perlu diubah ialah sistem kepercayaan kita. Ya, kehidupan yang kita lalui sekarang adalah Mengikut apa yang kita percaya. Jika ALLAH telah bekalkan satu alam semesta untuk melayani kita sebagai khalifah, tetapi kita percaya dan melihat kehidupan sesuatu yang terbatas, kehidupan yang kita lalui pasti terbatas.

Walau di dalam kitab suci Al-Quran mengatakan berkali-kali tentang ALLAH menjamin rezeki bagi setiap makhluknya dan rezeki yang disediakan di dalam dunia ini berkelimpahan dan tidak terbatas tetapi jika kita percaya rezeki itu sempit dan terhad kehidupan dan rezeki kita juga terhad.

Mengapa ramai yang rajin tadabbur Quran, tetapi kehidupan tetap tidak mengikut apa yang diajar oleh Al-Quran, kerana ia masih belum membentuk sistem kepercayaan. Ramai yang menghadiri kelas dan membaca buku motivasi tentang kekayaan tetapi ada yang masih tetap tidak kaya-kaya kerana ianya masih belum membentuk sistem kepercayaan.

Dari mana sistem kepercayaan seseorang itu terbentuk? Ianya terbentuk MELALUI PENGALAMAN sejak kita masih lagi berada di dalam kandungan ibu , kenyataan ini mengikut pengalaman saya melakukan terapi.

Mengapa saya berani mengatakan sistem kepercayaan sudah terbentuk sejak bayi berada di dalam kandungan lagi? Kerana saya melalui pengalaman tersebut secara personal dan saya menemui beberapa klien yang saya telah bantu dari kesengsaraan hidup akibat dari kepercayaan yang terbentuk dari sejak dalam kandungan lagi,

Jadi pengalaman kita sejak berada di dalam kandungan, kemudian dilahirkan telah membentuk sistem kepercayaan akhirnya membentuk kehidupan yang sedang kita lalui sekarang.

Jadi jika selama ini pengalaman yang telah dilalui banyak menghadirkan luka, ianya mungkin membentuk seseorang itu menjadi panas baran.

Jika sejak kecil seseorang itu selalu ditindas dan diejek ianya juga akan membentuk seseorang itu mengalami isu rasa rendah diri dan apa yang diusahakan sentiasa tidak menjadi, gagal dan gagal lagi.

Jika seseorang itu melalui trauma-trauma , ianya akan menjadikan seseorang itu mengalami masalah anxiety, depresi dan pelbagai masalah emosi.

Malah dalam semua aspek kehidupan samada rezeki, rumahtangga dan sebagainya bergantung kepada pengalaman yang telah pun di lalui. Kerana pengalaman-prngalaman yang telah dilalui itu membentuk apa yang kita percaya dan kepercayaan itu menentukan kehidupan apa yang kita lalui sekarang.

Jika kehidupan yang kita lalui sekarang bahagia dan seperti apa yang diinginkan ianya datang dari apa yang kita percaya.

Jika kehidupan yang kita lalui sekarang sentiasa sangkut dan tidak seperti yang diinginkan ianya juga datang dari apa yang kita percaya. Bersambung…

Tinggalkan komen , feedback dan sebagainya sebagai pertukaran energi untuk perkongsian yang seterusnya.

Cinta kasih setulusnya & semua makhluk berbahagia

#linncomel
#terapikekayaan
#terapikehidupan