Refleksi Lockdown 11


Spread the love


Hari adalah hari ke 11 perkongsian refleksi saya. Semalam saya ada menjelaskan dari mana datangnya sistem kepercayaan dan hari ini BAGAIMANA sesuatu kejadian atau tindakan itu membentuk sistem kepercayaan.

Pertama jika sesuatu perkara yang berlaku itu MEMBERIKAN KESAN PADA EMOSI. Satu situasi yang berlaku pada salah seorang klien saya, beliau sentiasa tertipu dengan skim cepat kaya, duit yang dilaburkan juga sentiasa tidak mendapat untung, yang terbaru dia tertipu dengan skim hibah yang katanya dia memberikan pinjaman tetapi ketika saya melakukan terapi kepadanya dia tidak sempat mendapatkan wang modal pun apa lagi keuntungan dari pinjaman yang diberikan dalam jumlah yang agak besar.

Ketika sessi terapi yang saya lakukan, saya dapat mengesan ada kelukaan yang pernah dialami oleh klien saya ini ketika di zaman kanak-kanak.

Sewaktu beliau masih di sekolah rendah, bapanya membekalkannya dengan wang belanja.

Pada suatu hari, wang belanjanya telah dirampas oleh pelajar yang lain dan kejadian yang berulang-ulang ini sehingga memberi kesan pada emosinya .

Dan emosi -emosi tersebut membentuk blockage dalam dirinya dan blockage tersebut membentuk sistem kepercayaan “Aku tidak layak untuk memiliki wang”

Disebabkan kepercayaan tersebut yang jauh tersimpan di dalam dirinya, tindakan yang dilakukan seolah-olah beliau ingin membuktikan beliau layak kaya, akhirnya berkali-kali terjebak dengan skim yang entah apa-apa sehingga mengalami kerugian demi kerugian.

Mengapa rugi dan terus rugi? lihat balik apa sistem kepercayaan yang telah terbentuk dan kena ingat balik bahawa kehidupan yang kita lalui sekarang terbentuk dari apa yang kita percaya.

Kedua jika sesuatu itu kejadian itu berlaku berulang-ulang. Sesuatu usaha yang dilakukan itu sentiasa gagal, gagal dan gagal lagi, sehingga akhirnya membentuk sistem kepercayaan ‘Aku tidak layak berjaya’ situasi ini berlaku kepada ramai klien saya.

Ketiga dari faktor persekitaran. Contohnya ada yang menjalankan perniagaan yang sebelum ini baik dan tidak bermasalah. Tetapi disebabkan oleh berita, info bahawa negara mengalami masalah kegawatan ekonomi, dengan sebagainya, ia membentuk sistem kepercayaan, akhirnya perniagaan yang dijalankan bermasalah dan keuntungan pun turut merosot.

Itu adalah antara 3 penyebab yang membentuk kepercayaan yang sentiasa saya temui ketika saya membantu klien ketika terapi.Bersambung…

Tinggalkan komen , feedback dan sebagainya sebagai pertukaran energi untuk perkongsian yang seterusnya.

Cinta kasih setulusnya & semua makhluk berbahagia

#linncomel
#terapikekayaan
#terapikehidupan