Refleksi Lockdown 30


Spread the love

Genap sebulan perkongsian refleksi saya. Semoga segala perkongsian saya selama 30 hari ini dapat memberikan manfaat kepada semua sahabat di grup terapi kekayaan ini.

Selain melakukan terapi kebelakangan ini saya agak sedikit lebih sibuk dari biasa. Tumpuan saya ketika ini merangka kelas ‘online coaching dan terapi ‘ untuk membantu mereka yang stress dan tertekan kerana masalah rezeki, di mana selain terapi saya juga akan mengadakan kelas kesedaran kekayaan supaya diberikan kefahaman yang lebih baik tentang rezeki, kekayaan dan kemakmuran.

Jadi saya minta maaf kepada beberapa orang sahabat yang cuba menghubungi saya dan ada yang saya tidak dapat menjawab panggilan semalam.Ada juga sahabat yang minta saya lakukan analisa nama dan tarikh lahir juga saya tolak buat masa sekarang.

Tetapi jika betul-betul urgent dan perlu berbicara dengan saya, mohon hantar mesej dan nyatakan apa isu, saya pasti akan menghubungi semula. Jika ada yang menghantar mesej saya pasti akan membalas semula walau mungkin mengambil sedikit masa.

Semalam sahaja, terdapat 4 kes bunuh diri dilaporkan, peningkatan ketara sedang berlaku dalam kes bunuh diri, malah setakat yang diwar-warkan sudah melebihi 300 orang yang meninggal kerana bunuh diri. Itu bagi kes yang sudah di war-warkan bagaimana pula dengan kes terpencil yang tidak dilaporkan. Ianya bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan.

Jika hanya menyalahkan pandemik, kerajaan dan sebagainya ia tidak akan dapat mengubah apa-apa, selagi hanya menyalahkan dan meletakkan diri sebagai mangsa juga tidak dapat mengubah apa-apa. Apa yang sudah berlaku, tetap sudah berlaku. Tetapi bagi mereka yang masih hidup perlu dibantu.

Jadi kelas coaching dan terapi online ini sebagai ikhtiar kami untuk membantu mereka keluar dari masalah rezeki dan kewangan. Insya Allah ketika ini kami sedang merangka apa yang perlu dikongsikan nanti, dan beberapa kerja teknikal yang perlu kami fahami dan selesaikan terlebih dahulu. Sampai masanya nanti kami akan umumkan di group ini.
Saya minta maaf kerana tiada perkongsian pengalaman seperti biasa pula hari ni, tetapi sedikit pengumuman. Saya hanya menurut apa yang dikeluarkan dari hati saya hari ini.

Tinggalkan komen , feedback dan sebagainya sebagai pertukaran energi untuk perkongsian yang seterusnya.

Cinta kasih setulusnya & semua makhluk berbahagia

#linncomel
#terapikekayaan
#terapikehidupan