Perkongsian refleksi 57, kebelakangan ini banyak pula cerita gempar yang sedang viral. Masing-masing berusaha untuk mempertahankan diri masing-masing sehingga menjadi penyebab pergaduhan dikalangan netizen.
Kebiasaanya saya berusaha untuk tidak memfokuskan pada isu-isu tersebut. Jika ternampak hanya sekadar baca, tetapi untuk mencari dengan lebih mendalam sebolehnya saya elakkan.
Walau adakalanya gerak hati saya sudah pun merasa ada yang tidak kena berbulan lebih awal dan akhirnya gerak hati saya selama ini ternyata benar, tetapi cukup sekadar itu, sebolehnya saya hanya sekadar melihat tanpa berpihak kepada sesiapa .
Mengapa? Kerana sebenarnya kita tidak pernah berpihak kepada sesiapa pun tetapi kita hanyalah berpihak pada “ego” kita saja. Ada yang obses dan bermati-matian menjadi ‘ keyboard warrior hanya ingin mempertahankan apa yang di percaya selama ini adalah benar.
Tiada kebenaran dan kesalahan yang mutlak mengikut apa yang dipercayai secara individu. Kerana kepercayaan itu terbina melalui pengalaman yang dilalui mengikut kehidupan masing-masing. Setiap orang pula melalui kehidupan yang berbeza jadi kebenaran bagi setiap orang itu berbeza.
Cukup sekadar yakin apa yang dipercayai, tidak perlu berdebat untuk mempertahankannya. Kerana jika masing-masing hanya ingin pertahankan apa yang dirasakan benar, ianya menggalakkan lagi perpecahan.
Bukankah perang yang berlaku sejak dulu semata-mata kerana ego untuk mempertahankan dan membuktikan kebenaran masing-masing? Jika hidup hanya ingin mempertahankan ego, sampai bila-bila dunia tidak akan aman.
Tinggalkan komen , feedback dan sebagainya sebagai pertukaran energi untuk perkongsian yang seterusnya.
Cinta kasih setulusnya & semua makhluk berbahagia
#linncomel
#terapikekayaan
#terapikehidupan
Refleksi Lockdown 57
July 27, 2021
Refleksi, Spiritual, Terapi Kehidupan
No Comments
linn