Perkongsian refleksi 58. Tadi saya terlihat satu status yang mengatakan wang perlu di tarik, jadi saya terpanggil untuk bercerita tentang wang dan juga rezeki mengikut kefahaman saya.
Ada yang mengatakan wang perlu dikejar, ada juga yang mengatakan wang perlu ditarik. Tetapi saya percaya wang sentiasa ada di mana-mana seperti udara, cahaya dan sebagainya.
Tidak perlu dikejar, tidak perlu ditarik, cukup dengan cara meningkatkan kesedaran diri dan berada pada kesedaran yang sebenar. Kesedaran seorang khalifah yang juga sebaik-baik kejadian. Kuncinya hanya YAKIN dan PERCAYA segalanya telah tersedia kerana jaminan dari ALLAH setiap makhluknya telah tersedia rezeki masing-masing.
Apa yang penting jangan sesekali meletakkan level diri lebih rendah dari wang. Jangan sesekali menjadi hamba dan bertuhankan wang.
Lakukan sahaja rutin kerja seperti biasa dan fokus pada usaha yang dijalankan. Tidak perlu dirisaukan pada rezeki.
Tetapi apa yang perlu dirisaukan adakah kita telah melakukan yang terbaik dalam melakukan apa jua usaha dan adakah telah membuka pintu rezeki dengan seluas-luasnya.
Tinggalkan komen , feedback dan sebagainya sebagai pertukaran energi untuk perkongsian yang seterusnya.
Cinta kasih setulusnya & semua makhluk berbahagia
#linncomel
#terapikekayaan
#terapikehidupan
Refleksi Lockdown 58
July 28, 2021
Kondisi hati, Refleksi, Terapi Kekayaan
No Comments
linn