Refleksi Lockdown 59


Spread the love

 

Perkongsian refleksi ke 59. Saya doakan kita semua pasti diberi kesihatan yang baik, dilindungi dan dipelihara dalam apa jua keadaan.

Sebenarnya saya merancang untuk memecahkan beberapa doktrin palsu tentang rezeki dan wang dalam “kelas bimbingan dan terapi untuk kemakmuran pada sabtu ini. Ianya penting supaya dapat mengubah cara pandang dan mindset dari kekurangan kepada keberlimpahan.

Jadi dalam tempoh seminggu ini ilham dari dalam diri datang mencurah-mencurah. Ketika makan, ketika mop lantai dan ketika berjalan , Malah ketika sessi personal coaching sentiasa ada datang ilmu dan kefahaman baru yang diterima berkaitan rezeki.

Pernah juga ketika makan, tiba-tiba air mata mengalir kerana info dan ilham yang saya terima telah membuatkan hati saya tersentuh.Tersentuh dengan cinta ALLAH kepada semua makhluk. Ya, segalanya tersedia dan DIA langsung tidak pernah meninggalkan kita. Cukup hanya kita mengetahui KUNCI yang sebenar untuk membalas kembali cinta-NYA.

Sebenarnya tidak banyak info atau ilmu tentang rezeki yang saya dapatkan dari bahan rujukan luar. Langsung tiada buku yang saya jadikan rujukan untuk kelas bimbingan dan terapi ini , kerana kesedaran saya tentang rezeki dan kekayaan berbeza dengan buku-buku kekayaan yang pernah saya baca.

Jika ada yang mengatakan, untuk hidup kaya, seseorang itu perlu berjimat, perlu berkira dan sebagainya. Tetapi bagi saya pula ‘ shopping’ atau berbelanja itulah dapat menarik lebih banyak kekayaan. Berbelanja lah semahunya, pasti rezeki datang lebih banyak lagi.

Tinggalkan komen , feedback dan sebagainya sebagai pertukaran energi untuk perkongsian yang seterusnya.

Cinta kasih setulusnya & semua makhluk berbahagia

#linncomel
#terapikekayaan
#terapikehidupan