Refleksi Lockdown 60


Spread the love

Perkongsian refleksi Lockdown 60. Selepas menaip beberapa baris ayat dan memadamnya semula, agak lama juga terpaku di skrin Ipad menunggu apa perkongsian yang perlu saya kongsi hari ini.

Baiklah, semalam ada seseorang menghubungi saya tentang masalah kewangan yang dihadapi sehingga mengalami depresi dan ada keinginan untuk tidak mahu hidup lagi.

Kerana adanya keinginan untuk menamatkan hidup, tanpa berlengah lagi saya terus membantu beliau dengan terapi tanpa beliau bercerita panjang tentang masalahnya. Secara jujurnya saya sendiri sehingga sekarang tidak mengetahui apakah isu yang dialami sepenuhnya, kecuali mengalami depresi kerana wang.

Alhamdulillah, selepas 1 jam keseluruhan terapi berdamai dengan masalah kewangan dilakukan , kedengaran suaranya keadaan beliau makin baik malah makin ceria jika dibandingkan dengan suara ketika menghubungi saya.

Pertanyaan pertama yang datang dari saya ketika itu selepas sessi terapi. “Sekarang tahu masalah ini berpunca dari mana? “Dengan ceria beliau menjawab, “puncanya datang dari dirinya sendiri”.

Alhamdulillah, mudah kerja saya tak perlu bercerita panjang untuk terangkan masalah itu datang dari mana dan apa puncanya. Cukup dengan sessi terapi tersebut dan menyedarkan diri sahabat untuk mengambil tanggungjawab total atas setiap apa yang berlaku pada dirinya.

Disebabkan ketika sessi terapi terdapat mesej yang saya terima bahawa isu yang dialami beliau hanyalah isu ranting, dan beliau mengesahkan apa yang gambaran yang saya dapat itu benar. Jadi akan ada sessi seterusnya untuk mencabut akar atau punca masalah, dan katanya dia tak sabar untuk teruskan sessi seterusnya.

Tinggalkan komen , feedback dan sebagainya sebagai pertukaran energi untuk perkongsian yang seterusnya.

Cinta kasih setulusnya & semua makhluk berbahagia

#linncomel
#terapikekayaan
#terapikehidupan