Month: September 2021


Refleksi kehidupan 11


Perkongsian refleksi kehidupan 11, bagaimana kehidupan yang kita jalani pada ketika ini bergantung kepada persepsi kita sendiri. Persepsi kita pula dipengaruhi oleh memori yang ada di dalam diri kita.

Jika selama ini memori yang disimpan adalah hal-hal yang menakutkan, trauma, kegagalan, kekecewaan, kelukaan dan sebagainya, maka setiap kali menghadapi peristiwa yang mirip atau lebih kurang seperti memori yang tersimpan ianya akan langsung membuatkan diri merasa lemah.Read More »

Refleksi kehidupan 10


Perkongsian refleksi kehidupan 10, selamat berhujung minggu, pasti segala urusan kita dipermudahkan dan memiliki rezeki yang sentiasa lancar dan berkelimpahan. Apa yang penting adalah yakin dan percaya.

Jika kita percaya keajaiban itu wujud, pasti ianya wujud.
Jika percaya usaha kita pasti berjaya, kejayaan pasti menjadi milik kita.
Jika sedang sakit dan percaya pasti sembuh dan sihat, kita pasti sihat.Read More »

Refleksi kehidupan 9


Perkongsian refleksi kehidupan 9, semua manusia memiliki cinta yang tidak terbatas. Namun begitu cinta yang sebenar-benarnya tidak akan menunjukkan dirinya selagi belum bebas dari ego dan belenggu fikiran. Kerana cinta itu datang dari jiwa yang bebas.

Cinta itu bukan sesuatu yang perlu dipelajari kerana cinta bukan sesuatu yang boleh diajar. Seseorang itu hanya boleh diajak untuk membebaskan diri dari ego dan belenggu fikiran. Setelah ego makin berkurang dan berkurang pasti cinta akan muncul dari dalam diri.Read More »

Refleksi Kehidupan 7


Perkongsian refleksi kehidupan 7, kehidupan ini adalah untuk dinikmati bukan untuk diratapi. Setiap hari sepatutnya dnikmati dengan penuh rasa syukur dan berkelimpahan tanpa meletakkan apa-apa syarat.

Kita sentiasa berhubung dan berkomunikasi dengan alam. Tetapi kita tidak berkomunikasi dengan kata-kata atau bahasa kerana alam tidak memahaminya. Alam hanya memahami getaran atau vibrasi yang kita pancarkan.

Read More »

Refleksi kehidupan 6


Perkongsian refleksi kehidupan 6, teringat saya pada salah satu ungkapan Jalaludin Al-Rumi katanya jika ada ranting yang patah atau daun yang gugur, jika akar masih kuat, pohon tetap akan tumbuh.

Katanya lagi, Jika kehidupan yang sedang dilalui ketika ini jauh menyimpang, rawatlah dengan cinta, kerana cinta itu menghidupkan jiwa yang mati.Read More »

Refleksi kehidupan 5


Perkongsian refleksi kehidupan 5, Ramai yang terperangkap dengan ilusi kekurangan rezeki kerana melihat rezeki dalam bentuk matematik. Matematik adalah ilmu yang pasti memberikan hasil dan jawapan yang mutlak dengan rumus yang tertentu.

Namun dalam soal rezeki ianya amat berbeza malah ianya sangat berkait rapat dengan  kesedaran dan vibrasi . Orang yang bersedekah jika dilihat secara fizikal hartanya berkurang.Tetapi jika dilihat secara vibrasi energi, mereka yang sentiasa bersedekah sentiasa memancarkan vibrasi keberlimpahan sehingga alam semesta menerima mesej dan mengenali mereka seorang yang berkelimpahan.Read More »