Refleksi Lockdown 95


Spread the love

Perkongsian refleksi 95, ada yang mengatakan BAHAGIA itu adalah perkataan yang mudah diucapkan tetapi amat sulit untuk dicapai.

Ada juga yang mengejar bahagia. Tetapi bahagia itu bukanlah sesuatu yang kita kejar tetapi bahagia itu adalah soal RASA dan rasa itu berada di dalam diri kita.

Ada juga yang berpura-pura bahagia , menyembunyikan luka kerana ingin dilihat bahagia. Tetapi kita tidak dapat berpura-pura bahagia kerana ianya adalah tentang RASA. Bahagia tidak akan hadir pada jiwa yang terluka.

Bahagia itu adalah soal RASA dan hanya diri sendiri merasai. Tetapi ramai yang sanggup berpura-pura kerana ingin dilihat bahagia di mata orang lain.

Berhenti berpura-pura bahagia dan rawatlah segala luka yang ada. Terimalah diri dan kehidupanmu seadanya.

Kebahagiaan itu soal rasa yang ada di dalam diri. Terimalah diri seadanya tanpa syarat bukan mengharapkan penghargaan dan pujian dari orang lain.

Kehidupan ini untuk dinikmati seadanya, bukan membiarkan diri sendiri terpenjara di dalam penjara ghaib kerana persepsi-persepsi orang lain. Terimalah diri seadanya dan berbahagialah tanpa meletakkan apa-apa syarat.

Tinggalkan komen , feedback dan sebagainya sebagai pertukaran energi untuk perkongsian yang seterusnya.

Cinta kasih setulusnya & semua makhluk berbahagia

#linncomel
#terapikekayaan
#terapikehidupan