Refleksi Lockdown 97


Spread the love

Perkongsian refleksi 97, selamat berhujung minggu untuk sahabat semua. Saya doakan kita semua pasti dipermudahkan segala urusan, tiada ketakutan dan kerisauan ketika memberi dan sentiasa sihat dan bahagia sentiasa.

Hidup itu sentiasa perlu memberi dan terus memberi .Tidak kira apa jua pemberian kebaikan yang kita lakukan pasti mendatangkan kebaikan dan kebahagiaan.

Sentiasalah memberi dan membuat kebaikan kerana hidup itu perlu sentiasa memberi. Bukan memberi kerana syarat, bukan memberi kerana itu petua untuk murah rezeki dan sebagainya. Tetapi memberi tanpa apa-apa syarat.

Tidak perlu dirisaukan soal rezeki kerana rezeki itu adalah jaminan Allah. Tetapi apa yang perlu dirisaukan ialah kemampuan kita untuk memberi. Ketakutan kita untuk memberi menunjukkan diri tidak yakin akan jaminan rezeki yang Allah janjikan.

Jika hidup tidak seperti apa yang diinginkan dan ingin merubah kehidupan. Memberilah sebanyak yang mungkin.

Bagi yang sukar memberi, belajarlah untuk memberi dan mulakan dengan langkah yang pertama.

jika selama ini sudah pun memberi dan sentiasa membawa duit kecil di dalam beg sebagai persediaan untuk bersedekah, kenapa tidak selepas ini tingkatkan jumlah untuk bersedekah.

kerana sudah sememangnya prinsip energi, kita menerima mengikut apa yang kita alirkan atau berikan.

Jika kita memberi kurang, maka kuranglah apa yang bakal diterima. Jika kita memberi banyak, maka banyaklah yang kita terima.

Jika dilihat secara lebih mendalam dan menyusuri akarnya. Ianya bukan soal memberi sedikit atau banyak.

Tetapi ianya soal lemah atau atau kuat keyakinan kita pada jaminan Allah berkaitan rezeki.

Jika lemah keyakinan kita pada Tuhan, maka pasti takut untuk memberi dan pembuktian dilihat melalui tindakan ketika memberi.

Jika kuat atau besar keyakinan akan janji Tuhan, maka kita pasti mampu memberi dengan selesa dan berani. Malah pembuktian juga dilihat melalui tindakan kita.

Apa yang penting adalah RASA dan VIBRASI ketika memberi kerana itulah yang menentukan sebesar mana kepercayaan dan keyakinan. Maka hasil yang datang juga bergantung kepada Vibrasi yang kita hantar ke alam semesta.

Tinggalkan komen , feedback dan sebagainya sebagai pertukaran energi untuk perkongsian yang seterusnya.

Cinta kasih setulusnya & semua makhluk berbahagia

#linncomel
#terapikekayaan
#terapikehidupan