Refleksi Lockdown 98


Spread the love

Perkongsian refleksi 98. Hidup ini perlu dinikmati seadanya. Hidup ini juga bukanlah untuk bersaing tetapi mampu dinikmati tanpa batas. Kuota rezeki yang disediakan untuk semua makhluk Tuhan juga sangat berkelimpahan. Terserah berapa banyak kuota yang kita perlukan untuk menikmati kehidupan sehingga ke hujung hayat.

Bagi mereka yang berniaga , sekiranya anda melihat orang lain lebih laris daripada jualan anda, apa yang anda rasakan? Dan sekiranya anda melihat lebih ramai yang laris jualannya dari perniagaan anda apakah anda sanggup bertahan?

Sekiranya anda merasa kalah dan merasa rezeki anda berkurang kerana kehadiran orang lain yang anda merasakan lebih hebat jualannya, maka ini menandakan level kesedaran anda masih rendah.

Rezeki di alam semesta ini sangat berkelimpahan malah Allah sudah jamin rezeki kita. Kuota rezeki yang Allah sediakan untuk semua makhlukNya tidak terbatas dan tidak pernah kurang.

Masalahnya ramai yang tidak tahu untuk menikmati kuota rezeki yang telah disediakan sehingga merasakan kekurangan sehingga ada yang merasakan perlu bersaing dan menjatuhkan orang lain agar boleh menang.

Sedangkan menang atau kalah itu sendiri adalah doktrin yang melemahkan. Jadi wajar kalau rezeki sukar untuk mendekati.

Tingkatkan kesedaran dan sedar bahawa bahawa rezeki itu sangat luas dan berkelimpahan. Tugas kita adalah konsisten berusaha dan sentiasa mengupgrade diri dan kesedaran agar sentiasa bersedia menerima rezeki mengikut kuota yang diinginkan sehingga mampu menikmati rezeki tersebut sehingga ke hujung nyawa. Berapa luas atau rezeki kuota yang kita inginkan terserah kepada diri sendiri.

Analogi rezeki umpama air di lautan, segalanya telah disediakan tanpa batas. Terserah kepada diri sendiri untuk mengambil seberapanya air tersebut. Mahu ambil satu gelas, terserah kepada anda, mahu ambil satu baldi juga terserah kepada anda, jika mahu ambil satu lautan juga terserah kepada anda, asalkan anda yakin dan percaya pasti ada jalannya.

Tinggalkan komen , feedback dan sebagainya sebagai pertukaran energi untuk perkongsian yang seterusnya.

Cinta kasih setulusnya & semua makhluk berbahagia

#linncomel
#terapikekayaan
#terapikehidupan