Refleksi Lockdown 99


Spread the love

Perkongsian refleksi 99, Jika kita menghargai kehidupan, kehidupan juga pasti menghargai kita.Kerana kehidupan adalah cermin dari apa yang ada di dalam diri kita.

Ketika kita bersangka baik pada hidup ini, maka kehidupan juga sentiasa memberikan hanya yang baik sahaja kepada kita dan begitu  juga sebaliknya.

Kehidupan kita adalah cermin apa yang ada di dalam diri kita.Jika kita memfokuskan pada kekurangan, maka kehidupan sentiasa menghadirkan kekurangan kepada kita.Begitu juga jika kita memfokuskan kepada keberlimpahan, maka kehidupan pasti menunjukkan keberlimpahan.

Sentiasalah bersangka baik pada hidup ini. Mulakan dengan mensyukuri dan menghargai kehidupan ini. Sentiasa berterima kasih atas apa yang berlaku. Seterusnya perhatikan apa yang terjadi pada kehidupan.

Tinggalkan komen , feedback dan sebagainya sebagai pertukaran energi untuk perkongsian yang seterusnya.

Cinta kasih setulusnya & semua makhluk berbahagia

#linncomel

#terapikekayaan

#terapikehidupan