Refleksi Lockdown 100


Spread the love

Perkongsian refleksi 100, alhamdulillah syukur hari ini sudah masuk hari ke 100 saya berkongsi refleksi dan hari ni juga hari ke 100 kita masih tidak dapat merentas negeri. Namun walau apa pun keadaan yang kita sedang hadapi, masih banyak lagi anugerah yang boleh kita syukuri selagi kita tidak melihat kehidupan dalam kaca mata EGO.

Ego sentiasa membuatkan diri hidup dalam perbandingan. Membandingkan diri dengan orang lain seperti merasakan diri lebih hebat dari orang lain atau merasakan diri kurang hebat dari orang lain Dari mana wujudnya perbandingan ini? Kerana kita merasakan diri kita terpisah dari makhluk Tuhan yang lain. Dari mana datangnya rasa terpisah itu? Dari luka, kesakitan atau trauma yang pernah dilalui.

Ego itu sangat halus dan ia menyusup masuk kedalam rasa harga diri sehingga sentiasa terikat dengan nilai diri dimata orang lain. Akibatnya diri terperangkap di dalam penjara ghaib.

Kerana itu ego menyebabkan penilaian orang lain terhadap diri itu amat penting. Diri sentiasa ingin dilihat hebat dan bahagia dimata orang lain walau hakikatnya kehidupan yang dilalui amat sengsara kerana tidak mampu menjadi diri sendiri.

Lawan kepada ego adalah cinta. Cinta pula menjadikan kita satu, tiada yang lebih hebat atau kurang hebat. “ I am okay and you are okay”. Kerana cinta itu sendiri membebaskan dan menjadikan kita satu, sentiasa terhubung dan tidak pernah terpisah.

Tinggalkan komen , feedback dan sebagainya sebagai pertukaran energi untuk perkongsian yang seterusnya.

Cinta kasih setulusnya & semua makhluk berbahagia

#linncomel
#terapikekayaan
#terapikehidupa