Refleksi Lockdown 101


Spread the love

Perkongsian refleksi 101, memandangkan semalam Perdana Menteri ada mengumumkan kawasan Lembah Klang sudah pun masuk ke Fasa 2, sudah pun boleh merentas daerah dan tiada halangan untuk ke sana -sini antara KL dan Selangor, ini bermakna perkongsian hari ini adalah yang terakhir di bawah tajuk Refleksi Lockdown.

Alhamdulillah, saya amat bersyukur kerana mampu berkongsi refleksi selama 101 tanpa henti. Sebenarnya ini adalah pembuktian tentang sistem mekanisma alam semesta itu sememangnya wujud. Segalanya pasti jadi mudah, jika kita mampu melewati fikiran dan bekerja di alam RASA.

Syukur juga adalah rasa. Malah syukur adalah doa yang sangat mudah tetapi memiliki kekuatan yang sangat luar biasa. Malah orang yang sentiasa bersyukur tidak pernah ada kekurangan kerana mereka yang bersyukur sentiasa memfokuskan kepada keberlimpahan. Malah janji Allah juga mengatakan “ Mereka yang bersyukur pasti aku tambah nikmatnya.

Sentiasalah bersyukur dan berterima kasih untuk semua yang pernah hadir dalam kehidupan kerana Kekurangan itu hanyalah satu ILUSI. Kekurangan itu adalah ilusi yang sangat melemahkan. Ilusi yang membuatkan seseorang itu mudah berputus asa. Ilusi yang menyebabkan diri terperangkap dengan kekurangan dan kemiskinan.

Kita dilahirkan dengan penuh kekayaan, malah satu alam semesta disediakan untuk manusia sebagai khalifah. Segalanya disediakan untuk kita malah sentiasa berkelimpahan.

Sudah sampai masanya untuk kita keluar dari doktrin kekurangan dan kemiskinan ini kerana kehidupan ini adalah untuk dinikmati bukan untuk diratapi.

Tinggalkan komen , feedback dan sebagainya sebagai pertukaran energi untuk perkongsian yang seterusnya.

Cinta kasih setulusnya & semua makhluk berbahagia

#linncomel
#terapikekayaan
#terapikehidupan