Refleksi Kehidupan


Spread the love

Refleksi Kehidupan

Perkongsian Refleksi kehidupan, Semalam adalah hari terakhir saya berkongsi di bawah tajuk refleksi lockdown memandangkan semalam adalah hari terakhir fasa 1 lockdown bagi penduduk di Lembah Klang.

Walaupun semalam saya hanya memiliki niat untuk berhenti di bawah tajuk refleksi lockdown dan ada juga terfikir untuk berhenti menulis buat seketika.Pagi ni datang keinginan untuk berkongsi terapi saya terasa agak sukar untuk berkongsi seperti biasa. Adakah disebabkan saya sudah ‘ MERASA SELESAI’?

Ya, saya belajar sesuatu dari pengalaman ini. Salah satu perkongsian saya di kelas ‘online bimbingan dan terapi untuk kemakmuran’ pada minggu yang lepas salah satu penyebab atau punca sesuatu sistem rezeki itu terhenti kerana RASA sudah selesai.

Jadi pada hari ini saya berusaha untuk menyambung perkongsian refleksi di bawah tajuk yang berbeza supaya tidak berlakunya masalah ‘ sagging’ dan servo penulisan saya tidak terhenti.

Syukur, dengan ilmu yang saya ada dan saya lalui pengalaman ini dapat meningkatkan lagi kefahaman dan seterusnya menungkatkan lagi level kesedaran dalam kehidupan.

RASA memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan. Dari rasa itulah hadirnya tindakan kerana tindakan sentiasa mengikut rasa. Saya belajar dari pengalaman ini. Dan hanya setakat ini refleksi saya untuk kali ini.

Cinta kasih setulusnya & semua makhluk berbahagia.

#linncomel
#terapikekayaan
#terapikehidupan