Refleksi kehidupan 2


Spread the love

Perkongsian refleksi kehidupan 2, selamat berhujung minggu saya ucapkan kepada semua sahabat. Sentiasa sihat, gembira dan dipermudahkan apa jua urusan yang dilakukan.

Diam dan berikan senyuman. Walaupun ianya kelihatan sesuatu yang remeh tetapi ianya mampu menjadi sebuah kekuatan yang sangat dahsyat.

Dengan senyuman banyak hal yang mampu diatasi dan dengan diam banyak masalah pasti mampu dihindari.

Apalagi jika ianya disertai dengan energi syukur. Mampu mengungkapkan ucapan terima kasih dengan setulusnya . Hanya ucapan kesyukuran dan terima kasih tanpa ada keinginan untuk menghukum.

Tidak merasakan diri lebih baik berbanding orang lain dan tidak merasa kurang dibandingkan orang lain. Diri terasa istimewa dan begitu juga orang lain semuanya dianggap istimewa. Tiada yang kurang istimewa atau lebih istimewa. Segalanya setara tiada perbezaan.

Mampu melihat ketidaksempurnaan yang ada sebagai kesempurnaan seorang manusia dan mampu menerima sesiapa pun yang datang itu seadanya.

Pendek kata saya hebat dan anda semua hebat kerana dicipta oleh yang Maha Hebat.

Cinta kasih setulusnya & semua makhluk berbahagia.

#linncomel
#terapikekayaan
#terapikehidupan