Refleksi Kehidupan 3


Spread the love

Perkongsian refleksi kehidupan ke 3, hidup adalah satu nikmat, jadi kehidupan ini bukanlah sesuatu yang perlu diratapi tetapi perlu dinikmati. Apa lagi jika setiap nikmat itu dapat disyukuri sebaiknya.

Semalam ketika kelas online bimbingan dan terapi untuk kemakmuran. Saya telah melakukan sessi terapi syukur dan keberlimpahan. Selepas selesai terapi masing-masing sahabat di kelas berkongsi pengalaman masing-masing. Rumusan yang dapat saya berikan melalui kesemua perkongsian pengalaman, hanya dengan RASA SYUKUR kita mampu melihat KEBERLIMPAHAN.

Cukup dengan mensyukuri apa yang berada di tubuh kita.Kita mampu melihat kehidupan ini penuh dengan nikmat kehidupan tanpa batas dan berkelimpahan.

Adakalanya ada begitu banyak persoalan di fikiran , terlalu banyak perkara yang diinginkan dan difikirkan. ada begitu banyak masalah yang perlu diselesaikan.

Tetapi bagaimana keadaannya bila perut sedang kosong dan kelaparan. Kesemua persoalan yang ada di fikiran menghilang. Hanya tinggal satu perkara yang anda fokuskan. Iaitu anda sedang lapar dan perlukan makanan.

Sama juga ketika anda tidak mampu menyedari dan mensyukuri nikmat pernafasan kerana banyaknya keinginan yang anda inginkan . Sehingga ada yang merasakan cukup sukar untuk melalui kehidupan ini. Sehingga ada yang tidak mampu menikmati kehidupan kerana terlalu banyak hal yang diratapi.

Tetapi jika anda menutup hidung dan mulut anda cukup selama 5 sehingga 10 minit. Pasti kini keinginan dan kesusahanmu selama ini tidak lagi banyak, kerana keperluan anda ketika ini hanyalah satu iaitu kemampuan untuk bernafas.

Jadi tingkatkan rasa syukur walau hanya sekecil-kecil nikmat, kerana mungkin anda menganggap ianya adalah nikmat yang kecil tetapi menjadi sesuatu yang paling signifikan apabila anda telah kehilangannya.

Saya hebat dan anda juga hebat, Cinta kasih setulusnya & semua makhluk berbahagia.

#linncomel
#terapikekayaan
#terapikehidupan