Refleksi Kehidupan 4


Spread the love

Perkongsian refleksi kehidupan 4, semakin tenang seseorang itu, semakin tinggi vibrasi seseorang itu.

Jika inginkan kehidupan yang sentiasa baik, pastikan vibrasi diri semakin tinggi.Kerana kebiasaan individu yang memiliki vibrasi diri yang baik sentiasa tenang walau diuji dengan masalah. Malah individu yang sentiasa menjaga vibrasinya sentiasa berfikir jernih walau dalam apa jua keadaan.

Malah walau di mana pun mereka berada, mereka sentiasa berusaha memberikan manfaat kepada kepada orang lain. Walau dengan hanya satu senyuman ia mampu membuatkan orang lain merasa bahagia.

Vibrasi yang dimiliki oleh mereka juga boleh memberikan rasa nyaman, aman dan tenteram kepada mereka yang berhubung atau berdekatan dengannya kerana mereka yang bervibrasi tinggj meletakkan cinta sebagai keutamaan.

Malah dalam hal yang berkaitan dengan bisnes dan pekerjaan, mereka mudah mendapat kepercayaan orang lain, bukan kerana dia pandai berbicara tetapi ketulusan hatinya yang membuatkan orang lain percaya kepadanya.

Malah mereka yang bervibrasi tinggi sentiasa mudah dan lancar rezekinya. Malah rezeki yang datang juga datang dari sumber atau arah yang tidak disangka.

Mereka yang bervibrasi tinggi juga agak sukar untuk menghukum atau memberikan persepsi negatif kepada orang lain, kerana mereka mampu melihat dunia ini dari pandangan cinta. Malah mereka mampu melihat alam ini sangat berkelimpahan dan adanya kebersamaan diantara dirinya dan semua makhluk Tuhan di alam semesta.

Apa yang saya kongsikan di atas hanyalah sebahagian kecil ciri-ciri mereka yang bervibrasi tinggi. Jika kita faham tentang bagaimana vibrasi bekerja ianya akan memudahkan anda mengenali orang-orang yang bervibrasi tinggj ini.

Saya hebat dan anda juga hebat, Cinta kasih setulusnya & semua makhluk berbahagia.

#linncomel
#terapikekayaan
#terapikehidupan