Refleksi kehidupan 5


Spread the love

Perkongsian refleksi kehidupan 5, Ramai yang terperangkap dengan ilusi kekurangan rezeki kerana melihat rezeki dalam bentuk matematik. Matematik adalah ilmu yang pasti memberikan hasil dan jawapan yang mutlak dengan rumus yang tertentu.

Namun dalam soal rezeki ianya amat berbeza malah ianya sangat berkait rapat dengan  kesedaran dan vibrasi . Orang yang bersedekah jika dilihat secara fizikal hartanya berkurang.Tetapi jika dilihat secara vibrasi energi, mereka yang sentiasa bersedekah sentiasa memancarkan vibrasi keberlimpahan sehingga alam semesta menerima mesej dan mengenali mereka seorang yang berkelimpahan.

Maka  tidak hairanlah mereka yang sentiasa memberi sentiasa menerima rezeki yang sentiasa cukup dan berkelimpahan sehingga sentiasa mampu memberi dan terus memberi.

Tetapi bagaimana pula mereka yang sentiasa memberi dan bersedekah tetapi masih lagi merasa tidak cukup? Kerana mereka melekat pada hasilnya. Ketika kita masih lagi melekat atau terikat dengan hasilnya secara tidak langsung mereka memancarkan vibrasi kekurangan.

Jadi memberi dan bersedekahlah  dengan ikhlas, tanpa mengharapkan hasilnya. Apa yang penting adalah sentiasa meletakkan diri pada level kesedaran yang tinggi. Semakin tinggi level kesedaran yang dimiliki, semakin tinggi vibrasi yang dipancarkan.

Sentiasa memberi kerana fitrah hidup itu perlu memberi bukan sekadar untuk mendapatkan hasil. Tugas kita sentiasa memberi, memberi dan terus memberi sehingga kita tidak lagi merasakan kekurangan.

Memberi itu adalah akar,sekiranya kita tanam akarnya dan dibajai dengan vibrasi yang baik malah disiram dengan rasa yang mencukupi pasti akan memperolehi hasilnya sesuai dengan kondisi akar yang di tanam.

Saya hebat dan anda juga hebat, Cinta kasih setulusnya & semua makhluk berbahagia.

#linncomel

#terapikekayaan

#terapikehidupan