Refleksi Kehidupan 7


Spread the love

Perkongsian refleksi kehidupan 7, kehidupan ini adalah untuk dinikmati bukan untuk diratapi. Setiap hari sepatutnya dnikmati dengan penuh rasa syukur dan berkelimpahan tanpa meletakkan apa-apa syarat.

Kita sentiasa berhubung dan berkomunikasi dengan alam. Tetapi kita tidak berkomunikasi dengan kata-kata atau bahasa kerana alam tidak memahaminya. Alam hanya memahami getaran atau vibrasi yang kita pancarkan.

Katakan ketika anda mengharapkan usaha perniagaan hartanah anda berjaya , jualan rumah untung dan laris manis. Alam tidak sama sekali memahami harapan itu kerana alam hanya bertindak melalui vibrasi bukan harapan.

Ketika berharap akan adanya klien menghubungi untuk meneruskan pembelian rumah, vibrasi yang dipancarkan dari hati adalah rasa gelisah, penantian yang lama, cemas, risau, takut dan sebagainya.

Rasa-rasa itulah vibrasi yang sesungguhnya. Dan vibrasi yang dipancarkan adalah vibrasi yang negatif. Alam memahami getaran negatif itu yang kemudian menggerakkan energi alam bekerja sesuai dengan vibrasi yang dipancarkan.

Hasilnya, anda akan tetap dalam penantian, gelisah, cemas dan kerisauan dan energi-energi ini bergerak ke arahmu dalam intensiti yang berkali ganda.

Jadi bagaimana cara yang terbaik untuk bertindak?

Adalah dengan memancarkan vibrasi yang postifi; Iaitu rasa yang datang dari hatimu perlu harus positif.
Seperti contoh senario di atas, rasa atau emosi yang hadir seharusnya tenang, bahagia, semangat,gembira tanpa meletakkan apa-apa syarat.

Inilah vibrasi positif rasamu yang difahami oleh alam dan alam bekerja sesuai getaran atau vibrasi positif yang dipancarkan dan seterusnya membawamu mengarungi peristiwa-peristiwa hidup yang sesuai dengan rasa yang diberikan.
Be Happy and Grateful, NOW!

Saya hebat dan anda juga hebat, Cinta kasih setulusnya & semua makhluk berbahagia.

#linncomel
#terapikekayaan
#terapikehidupan