Refleksi kehidupan 9


Spread the love

Perkongsian refleksi kehidupan 9, semua manusia memiliki cinta yang tidak terbatas. Namun begitu cinta yang sebenar-benarnya tidak akan menunjukkan dirinya selagi belum bebas dari ego dan belenggu fikiran. Kerana cinta itu datang dari jiwa yang bebas.

Cinta itu bukan sesuatu yang perlu dipelajari kerana cinta bukan sesuatu yang boleh diajar. Seseorang itu hanya boleh diajak untuk membebaskan diri dari ego dan belenggu fikiran. Setelah ego makin berkurang dan berkurang pasti cinta akan muncul dari dalam diri.

Selama ini cinta sememangnya sudah tersedia adadi dalam diri tetapi terlindung oleh ego yang tinggi. Cinta dan ego itu tidak pernah bersatu. Jika ego mempamerkan dirinya, cinta pasti tidak memunculkan diri dan begitu juga sebaliknya.

Cinta adalah luapan dari kebebasan jiwa. Malah cinta yang lahir dari kebebasan jiwa dapat melihat lebih luas tentang kehidupan. Sentiasa bebas dan mampu berlapang dada walau dalam apa jua situasi dan keadaan.

Malah dalam kesedaran yang lebih tinggi, kita akan melihat bahawa cinta tidak perlu memiliki atau dimiliki. Malah cinta hadir dimana-mana, dan kita terhubung dengan semua eksistensi yang ada. Kita tidak hanya merasakan cinta dan dicintai, kita juga pasti menyedari bahawa kita adalah cinta itu sendiri.

Saya cinta dan anda juga cinta , Cinta kasih setulusnya & semua makhluk berbahagia.

#linncomel
#terapikekayaan
#terapikehidupan