Refleksi kehidupan 10


Spread the love

Perkongsian refleksi kehidupan 10, selamat berhujung minggu, pasti segala urusan kita dipermudahkan dan memiliki rezeki yang sentiasa lancar dan berkelimpahan. Apa yang penting adalah yakin dan percaya.

Jika kita percaya keajaiban itu wujud, pasti ianya wujud.
Jika percaya usaha kita pasti berjaya, kejayaan pasti menjadi milik kita.
Jika sedang sakit dan percaya pasti sembuh dan sihat, kita pasti sihat.

Apa jua masalah yang dihadapi jika percaya dan yakin ada solusinya. Masalah pasti selesai.
Segalanya bergantung kepada apa yang kita yakin dan percaya.

Malah kehidupan yang kita lalui pada masa sekarang juga adalah hasil dari apa yang kita percaya.

Jadi jika kehidupan hari ini tidak seperti yang diinginkan, sudah sampai masanya untuk mengubah keyakinan dan kepercayaan yang ada di dalam diri.

Saya hebat dan anda juga hebat , Cinta kasih setulusnya & semua makhluk berbahagia.

#linncomel
#terapikekayaan
#terapikehidupan