Refleksi kehidupan 11


Spread the love

Perkongsian refleksi kehidupan 11, bagaimana kehidupan yang kita jalani pada ketika ini bergantung kepada persepsi kita sendiri. Persepsi kita pula dipengaruhi oleh memori yang ada di dalam diri kita.

Jika selama ini memori yang disimpan adalah hal-hal yang menakutkan, trauma, kegagalan, kekecewaan, kelukaan dan sebagainya, maka setiap kali menghadapi peristiwa yang mirip atau lebih kurang seperti memori yang tersimpan ianya akan langsung membuatkan diri merasa lemah.

Tetapi jika kita banyak menyimpan kenangan yang membahagiakan dan menggembirakan. Walau menghadapi peristiwa atau keadaan yang penuh dengan cabaran dan halangan, ianya tetap dapat dilalui dengan tenang dan gembira.

Apa jua memori yang kita simpan secara dominan ianya akan mempengaruhi kehidupan yang dilalui. Segalanya bergantung kepada pilihan kita sendiri.

Ada yang memilih meletakkan diri dalam keadaan yang lemah, dilihat tidak berdaya supaya mudah diberi perhatian oleh orang lain.

Ada yang memilih untuk mengambil tanggungjawab terhadap kehidupan. Sentiasa berani, berdikari dan sangat optimis. Sentiasa memenuhi keperluan jiwa sendiri dengan cinta dan penghargaan dan tidak bersandarkan kehidupan kepada orang lain.

Walaupun kehidupan yang kita lalui adalah pilihan kita sendiri.Berusahalah untuk memilih bahagia. Sentiasa bahagia walau dalam apa jua keadaan.

Saya hebat dan anda juga hebat , Cinta kasih setulusnya & semua makhluk berbahagia.

#linncomel
#terapikekayaan
#terapikehidupan