Refleksi kehidupan 12


Spread the love

Perkongsian refleksi kehidupan 12, setiap orang pasti memiliki impian. Namun berapa ramai yang mampu mencapai impian? Berapa ramai pula yang yakin bahawa mampu mencapai apa yang diimpikan?

Ramai orang yang memiliki impian tetapi sekadar berharap bahawa impian itu menjadi kenyataan. Berharap dan yakin adalah dua keadaan yang berbeza.

Vibrasi yang dipancarkan ketika berharap dan yakin adalah vibrasi yang berbeza. Samada impian itu tercapai pula bergantung kepada vibrasi yang dipancarkan.

Harapan hanya tinggal harapan kerana vibrasi yang dipancarkan ketika berharap adalah vibrasi kekurangan.
Keinginan hanya tinggal keinginan kerana vibrasi yang dipancarkan juga adalah vibrasi kekurangan.

Segala impian itu pasti tercapai jika kita benar-benar yakin dan pasti impian itu mampu bertukar menjadi nyata.

Saya hebat dan anda juga hebat , Cinta kasih setulusnya & semua makhluk berbahagia.

#linncomel
#terapikekayaan
#terapikehidupan