Refleksi Kehidupan 13


Spread the love

Perkongsian refleksi kehidupan 13, tiada yang mustahil jika kita percaya. Jika kita yakin dan percaya pasti dipermudahkan segala urusan dan ditunjukkan jalannya.

Kehidupan yang dijalani sekarang, bergantung kepada apa yang kita yakin dan percaya. Jika kita percaya hidup ini keberlimpahan pasti tiada apa yang dapat menghalang kita untuk mencapai apa yang diinginkan.

Jika hidup selama ini sentiasa bermasalah, ini kerana diri sendiri yang melihat kehidupan penuh dengan masalah dan vibrasi yang dimiliki menarik lebih banyak masalah ke dalam kehidupan.

Jika selama ini kita melihat hidup penuh kekurangan, vibrasi yang dihantar juga adalah vibrasi kekurangan maka kehidupan yang dijalani penuh dengan kekurangan

Jika kita mampu melihat kehidupan ini sentiasa berkelimpahan, vibrasi yang dihantar juga adalah vibrasi kebelimpahan. Maka segala yang diinginkan juga mudah menjadi kenyataan. Malah sesuatu yang dianggap mustahil selama ini juga pasti boleh menjadi kenyataan.

Alhamdulillah, semalam saya sendiri melihat keajaiban berlaku kepada sahabat yang turut serta dalam kelas bimbingan dan terapi untuk kemakmuran.

Sesuatu yang selama ini dianggap mustahil tidak lagi mustahil. Impossible sudah pun bertukar kepada I am possible. Alhamdulillah, tiada apa yang mustahil jika yakin dan percaya.

Saya hebat dan anda juga hebat , Cinta kasih setulusnya & semua makhluk berbahagia.

#linncomel
#terapikekayaan
#terapikehidupan