Refleksi kehidupan 14


Spread the love

Perkongsian kehidupan 14, kadangkala Allah mengirimkan ‘ Guru Kehidupan’ kepada kita untuk menaikkan level kesedaran kita. Salah satu caranya ialah dengan menghantar seseorang yang menjengkelkan datang ke dalam hidup.

Persoalannya adakah kita mampu menerima kehadiran orang tersebut seadanya? Jika menolak kehadirannya, itu bermakna level kesedaran masih berada di tahap yang sama.

Tetapi jika kita mampu mengambil makna dari kehadiran orang tersebut, banyak perkara yang boleh dipelajari kerana sesiapa pun yang hadir ke dalam hidup adalah umpama cermin kepada diri kita dan mereka adalah sebaik-baik guru kehidupan.

Sesiapa pun yang hadir ke dalam kehidupan kita mempunyai peranan mereka masing-masing. Ada yang memainkan peranan mengajar kita dengan sikap dan kelakuan yang baik, tetapi ada juga yang memainkan peranan yang sebaliknya, seperti bertindak dengan tindakan yang membuatkan kita rasa marah, sedih dan sebagainya. Apa jua sikap mereka yang datang ke dalam hidup kita, adalah untuk merawat kehidupan dan seterusnya meningkatkan level kesedaran kita.

Jika kita tidak dapat menerima dengan baik mereka yang hadir ke dalam kehidupan. Tidak mampu menerima sikap dan tindakan mereka. Sudah sampai masanya untuk masuk ke dalam diri untuk memeriksa adakah kita benar-benar berada di level kesedaran yang baik.

Jika kehadiran mereka membuatkan diri tidak selesa, itu bermakna ada sesuatu yang ada di dalam diri yang perlu diselesaikan. Mungkin adanya blockage, kelukaan, trauma dan sebagainya yang perlu diselesaikan.

Sesiapa pun yang hadir adalah ‘ guru kehidupan’ yang memiliki peranan yang tersendiri. Ada yang datang untuk menguatkan rasa cinta dan ada juga yang datang untuk merawat luka dan trauma kehidupan. Segalanya bergantung kepada level kesedaran yang kita miliki.

Saya hebat dan anda juga hebat , Cinta kasih setulusnya & semua makhluk berbahagia.

#linncomel
#terapikekayaan
#terapikehidupan