Refleksi kehidupan 16


Spread the love

Perkongsian refleksi kehidupan 16, selamat berhujung minggu. Pasti dipermudahkan segala urusan untuk hari ini dan seterusnya.

Setiap manusia memiliki kehidupan yang berbeza. Malah kehidupan juga bergantung kepada kepercayaan yang ada di dalam diri. Malah kepercayaan kita juga terbentuk melalui pengalaman yang pernah dilalui.

Melalui pengalaman dan kepercayaan itu akhirnya membentuk persepsi-persepsi. Seterusnya Kita menjalani hidup yang penuh dengan persepsi, ukuran dan kriteria.

Sehingga akhirnya kita cenderung melihat sesuatu kejadian itu sebagaimana yang kita harapkan bukan melihat sebagai mana adanya.
Kita tidak lagi melihat sesuatu yang berlaku itu secara neutral kerana cara kita melihat kejadian itu sudah dibentuk oleh persepsi.

Inilah yang membuat kehidupan menjadi penuh dengan masalah dan rasa tidak bahagia kerana kita cenderung menolak apa yang tidak sesuai dengan persepsi dan keinginan diri kita sendiri.

Bagaimana kehidupan yang dilalui ketika ini samada bahagia atau sebaliknya bergantung kepada kepercayaan yang membentuk persepsi diri. Jadi samada bahagia atau derita, miskin atau kaya kehidupan yang dilalui itu hasil persepsi anda sendiri.

Saya berkelimpahan dan anda juga berkelimpahan , Cinta kasih setulusnya & semua makhluk berbahagia.

#linncomel
#terapikekayaan
#terapikehidupan