Refleksi kehidupan 17


Spread the love

Perkongsian refleksi kehidupan 17, kebiasaan manusia mendapatkan inspirasi ketika dalam keadaan bahagia. Jadi anda perlu mensyukuri kehidupan yang indah dan menyenangkan ini dengan banyak menikmati kegembiraan hidup.

Jika fokus kita hanya untuk mencari rezeki tanpa henti, maka kita pasti merasa sukar untuk bersyukur dengan ikhlas.

Anda harus merasakan kegembiraan hidup itu sekarang untuk mengundang kegembiraan yang lebih banyak dan lebih besar lagi di waktu-waktu yang seterusnya.

Anda tidak perlu menunggu untuk memiliki wang yang banyak atau harta yang melimpah untuk bergembira.

Anda tidak perlu menunggu apapun. Bergembiralah sekarang. Banyak kegembiraan yang mampu dilakukan dan dirasakan tanpa mengeluarkan wang sama sekali . Belajarlah dari kanak-kanak bagaimana untuk bergembira.

inilah kunci kejayaan yang sudah kita ketahui sejak zaman kanak-kanak , Apapun yang mereka lakukan, mereka lakukan dengan penuh gelak tawa, bebas seolah tanpa beban. Dan, konsep bergembira ini juga perlu anda bawa ketika bekerja. Untuk berjaya dalam pekerjaan, anda harus menemukan perkara-perkara yang benar-benar anda sukai dan nikmati dalam pekerjaan anda.

Jadi, jangan lakukan sesuatu pekerjaan kerana wang, tetapi lakukan kerana rasa cinta dan bahagia. Lakukan pekerjaan kerana anda menikmati apa yang anda kerjakan itu, kerana anda akan mudah berjaya apabila anda menikmati sepenuhnya setiap pekerjaan yang anda lakukan.

Tetapi sememangnya , konsep bergembira ini agak sukar tetapi mudah untuk difahami apalagi untuk diterapkan. Padahal, kegembiraan adalah dasar dari sebuah bentuk ibadah lainnya kepada ALLAH iaitu syukur. Syukur adalah bentuk atau roh ibadah tertinggi kita. Dan ini tidak akan dapat kita rasakan jika kita tidak bergembira dalam kehidupan kita ini.

Teringat saya pada kata mutiara dari Rabiatul Adawiyah, seorang wanita sufi yang luar biasa kecintaannya kepada ALLAH ,yang mengatakan;“ Sampai bila anda akan terus meminta dibukakan pintu yang sebenarnya sudah terbuka ?”

Sampai bila anda akan terus menunggu sesuatu yang sebenarnya sudah menjadi milik anda ? Ya, anda harus bergembira sekarang. Agar anda dapat melupakan apa yang memang harus anda lupakan. Kesedihan masa lalu. Itu sudah berlalu, Sesudah anda memaafkan, sekarang anda harus melupakannya.
Lupakan apa yang harus anda lupakan. Fokuskan kehidupan anda dan menikmati apa yang menyenangkan anda.

Jika kita bahagia dan menikmati kehidupan kita, maka kita juga akan menjalaninya sesuai dengan potensi kita yang sebenarnya. Semua pencapaian besar, dicapai oleh mereka-mereka yang benar-benar menyukai, menikmati, bahagia dan gembira dengan apa yang mereka lakukan.

Mereka yang bahagia ialah mereka yang menikmati kehidupan bukan mereka yang mengeluh dan meratapi kehidupan.

Saya berkelimpahan dan anda juga berkelimpahan , Cinta kasih setulusnya & semua makhluk berbahagia.

#linncomel
#terapikekayaan
#terapikehidupan