Refleksi kehidupan 18


Spread the love

Perkongsian refleksi kehidupan 18 , ramai yang berbicara tentang cinta tetapi takut untuk memberi. Apabila adanya ketakutan, kerisauan dan bimbang itu bukan lagi cinta tetapi kemelekatan.

Cinta adalah membebaskan dan cinta juga adalah memberi. Berbicara soal cinta, kita seharusnya bertanya apa yang telah kita beri, bukan apa yang telah kita dapatkan.

Cinta bukan hanya untuk pasangan atau yang terdekat tetapi untuk semua makhluk Tuhan.

Wang juga adalah salah satu makhluk Tuhan yang berada di alam semesta. Jadi wang juga layak dan perlu dicintai. Jadi bagaimana agaknya cara untuk kita mencintai wang supaya kita memiliki hubungan yang harmoni dan wang datang dengan mudah ke dalam hidup kita.

Kerana realiti yang berlaku ketika ini, ramai yang merasakan bahawa mereka cintakan wang tetapi mereka masih lagi diuji dengan masalah kewangan.

Jika kita mencintai seseorang ertinya kita membiarkan seseorang itu tumbuh berkembang dan menghargai setiap apa yang ada pada dirinya.

Bagaimana agaknya jika mencintai wang. Seperti yang saya kongsikan sebelum ini wang adalah energi, sifatnya mengalir seperti air dan udara.

Jadi kita mencintai wang apa yang perlu dilakukan ialah menjaga keseimbangan wang dengan memastikan wang tersebut mengalir mengikut sifatnya.

Wang ini sama seperti udara yang sentiasa mengalir dan terus mengalir. Seperti udara yang hanya datang sebentar atau singgah sahaja dan kita tidak mampu memiliki udara.

Begitu juga dengan wang yang sifatnya sentiasa mengalir. Wang juga hanya singgah dan ianya untuk dinikmati bukan untuk dimiliki. Wang hanya bermanfaat apabila ia dinikmati kerana sememangnya digunakan sebagai pertukaran untuk mendapatkan apa jua yang diinginkan.

Setiap kali dapat gaji berapa banyak yang tidak sampai sehari kita keluarkan untuk membayar bil-bil seperti lektrik, air, sewa rumah dan sebagainya. Bukankah semua pendapatan yang anda terima itu adalah untuk menikmati kehidupan?

Apabila kita sedar dan faham bahawa wang itu untuk dinikmati dan bukan untuk dimiliki, itu bermakna wang pasti sentiasa ada dan sentiasa mengalir itu membuatkan hati kita lebih tenang untuk mengeluarkannya.

Sebanyak mana wang dikeluarkan pasti wang akan datang lagi. It’s just money. More will come.

Rezeki yang tidak lancar dan wang sukar untuk datang kerana kita terlalu obses terhadap wang. Kita menganggap wang itu milik kita, jadi kita stress ketika mengeluarkan wang. Kita cemas, risau, takut, bimbang bila kekurangan wang.

Wang untuk dinikmati bukan untuk diratapi.

Saya berkelimpahan dan anda juga berkelimpahan , Cinta kasih setulusnya & semua makhluk berbahagia.

#linncomel
#terapikekayaan
#terapikehidupan