Refleksi kehidupan 20


Spread the love

Perkongsian refleksi kehidupan 20, kebanyakan kita sentiasa risau sesuatu yang tidak perlu dirisaukan. Umpama rezeki, seperti yang dijanjikan dalam Al-Quran rezeki selagi kita hidup dan bernafas ianya adalah dijamin bukan hanya kepada manusia malah kepada seluruh ciptaan seperti mana yang dinyatakan haiwan melata juga terjamin rezeki mereka.

Rezeki itu bukan sesuatu yang kita kejar dan bukan sesuatu yang kita tarik kerana rezeki sudah pun tersedia untuk kita. Cukup untuk kita kembali kepada fitrah kehidupan yang sebenar dan menyedari dengan kesedaran yang benar bahawa rezeki telah pun tersedia untuk kita.

Fitrah kehidupan adalah berkelimpahan. Jadi segalanya tersedia untuk kita tidak terbatas dan melimpah ruah. Fahami fitrah kehidupan yang sebenar dan jalani kehidupan mengikut fitrah yang asal pasti rezeki itu bukan sesuatu yang perlu dirisaukan.

Saya berkelimpahan, anda , berkelimpahan dan semua makhluk berkelimpahan, Cinta kasih setulusnya & semua makhluk berbahagia.

#linncomel
#terapikekayaan
#terapikehidupan