Refleksi kehidupan 21


Spread the love

Perkongsian refleksi kehidupan 21, sejak kecil lagi kita diajar untuk menjadi yang terbaik, paling pintar, paling hebat dan sebagainya.

Kita diajar untuk hidup dalam persaingan sejak dibangku sekolah lagi Pelbagai ujian dan peperiksaan yang diadakan. Hingga akhirnya berlaku pembandingan siapa yang lebih cemerlang dan siapa yang paling tercorot.

Bagi mereka yang berada di tempat teratas tentunya merasa menang. Malah gembira, bangga dengan kemenangan yang dimiliki.

Bagi mereka yang mendapat tempat yang tercorot pula pasti merasakan kekalahan, kecewa, bahkan rasa rendah diri yang tidak berkesudahan. Sehingga ada yang merasakan dirinya teruk kerana kegagalan yang dialami.

Adakala keadaan boleh menjadi semakin parah apabila persekitaran dan masyarakat menetapkan standard kejayaan yang tertentu sehingga mereka yang tidak dapat mencapai standard tersebut mengalami tekanan, metakutan dan malu apabila tidak mencapai standard kejayaan yang ditetapkan.

Akhirnya ada yang terperangkap disebabkan oleh doktrin-doktrin yang melemahkan. Akhirnya ketakutan, rasa rendah diri, malu dan sebagainya akan membuatkan langkah kehidupan menjadi semakin terbatas.

Hiduplah dengan penuh kesedaran pemahaman baru yang lebih baik.Sentiasa sedar bahawa setiap orang memiliki jalan dan masanya yang tersendiri.
Apapun yang menjadi milik anda PASTI datang kepada anda dalam waktu, tempat, keadaan dan bersama orang-orang yang tepat.

Nikmati proses yang kamu alami saat ini, segala ketakutan dimasa depan hanya ilusi dan rasa bersalah dimasa lalu hanya memori, jadi tinggalkanlah dan hiduplah saat ini.

Hidup umpama tarian, ketika anda sudah berfokus dan menikmati tarian anda sendiri. Maka kamu tidak akan sempat menilai tarian orang lain. Jika anda sudah mampu berfokus pada diri sendiri, pada apa saja yang anda miliki, maka anda tidak akan sempat membandingkan diri dengan orang lain.

Jadilah diri anda sendiri dan terima diri anda seadanya.

Saya hebat dan anda juga hebat , Cinta kasih setulusnya & semua makhluk berbahagia.

#linncomel
#terapikekayaan
#terapikehidupan